Thursday, October 20, 2011

kamu terlalu baik untuk disakiti

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog ku ... insyaAllah kita masih dapat berkongsi sesuatu...betul?


sepanjang aku menulis blog ni...aku akan selalunya meluahkan apa yang berjaya mengetuk pintu hatiku dan menyebabkan aku berfikir mengenainya tanpa henti selagi aku tak dapat jawapan yang pasti, relevant, dan mampu diterima akal.... dan akhir2 ni sesuatu berjaya bertamu dimindaku...segar..sentiasa...entahlah..mungkin ini adalah permainan perasaan dan hati nurani seorang perempuan...


persoalannya ialah..kenapa perempuan sentiasa memberi peluang yang entah ke berapa kepada lelaki walaupun ternyata dan terbukti lelaki yg istimewa dalam hidupnya itu  bersalah or buat2 apa yang tak sepatutnya atau tak buat apa yang patut sebagai seorang yang disayangi.....sedihkan jadi perempuan...


tidak dinafikan perempuan terlalu lembut hatinya,,pemurah,pemaaf ,penyabar dan tak mudah mengalah WALAUPUN mudah MENANGIS....


tapi patut ke...perempuan disakiti hanya kerana mereka sempurna dengan sifat2 diatas ni....kejamkan....terlalu...kejam


or sebenarnya perempuan sekarang rasa "tiada lagi yang lain"  or "hilang tak terganti" or  "aku tak mampu lupakan dia" or "dia je yang nak kat aku" or sebenarnya perempuan tak mampu bertegas dengan diri sendiri...demi kebahagiaan diri sendiri, kegembiraan diri sendiri...entah ini yang aku masih fikir dan fikir...


aku faham ...merasa kehilangan especially C.I.N.T.A ni mungkin perit (mungkin sebab aku tak pernah alami) sebab kena buat clearance hati..semua yg kat hati tentang DIA kena buang or mangga rapat2 dalam tong...tapi mengikut testimony kawan2 aku "memang sedih and sakit ,fini.Tapi tu yang terbaik" wah gitu...


hati dan akal.....dalam keadaan cam gini aku rasa akal lebih logik walaupun hati akan cakap "overlah kau ni akal..kejam!" ...tapi mesti akal akan cakap "kita tunggu hikmahnye"


so to my beloved friend....she knows..who i mean..aku faham perasaan kau....sabarlah beb..kuatkan iman dan jangan ikut hati...ikutlah akal yang kejam itu (kejam buat masa ni) sebab kalau betul lah dia jodoh kau pasti dia akan kembali dan dia akan lebih bersedia untuk kau...tanpa kau perlu PAKSA memikirkan dia yang tebaik,dia yang kau perlukan,dia untuk kau...BUT kau akan RASA...aku bukannya teror sangat nak menilai manusia ni..sebab manusia memang tak layak menilai manusia lain...but aku tak tak nampak dia serius macam mana kau serius....mungkin dia dalam delima kot...mungkin dia baru dapat bezakan antara suka,sayang dan cinta...mungkin....dia baru tahu siapa yang diperlukan dalam hidup dia...itu tak bermakna kau tak hebat beb...cuma mungkin dia lebih bahagia dengan orang lain...ok what kalau dia bahgaia kan?


"cinta tak semestinya memiliki..cukuplah jika org yang kita cintai tu bahagia..kalau dia bahagia dengan org lain so...lepaskan dia pergi..bebas..sebab tak semestinya kau mampu bahagiakan dia DAN jika nanti dia rasa kau yang sebenarnya diperlukan dalam hidup dia akan kembali dengan sendirinya tanpa alasan ,tanpa paksaan dan dia tak akan mampu kehilangan kau lagi " kata-kata ni aku petik dari seseorang....mungkin ada logiknya...
cuma kita akan fikir..biar betul naklepaskan cem gitu...yerlah beb..ni bab PERASAAN...mungkin dia boleh tipu kita dgn kata2,perbuatan ,sms,body contact, or what everlah..tapi dia tak boleh tipu perasaan dia...dan akhirnya akan terkeluar juga semua yg cuba ditipunya...dan perasaan tak boleh diPAKSA...


mungkin aku akan semakin dapat jawapannya....mungkin sebenarnya perempuan ni emosi bila fikir pasal cinta,kawin,putus cinta,orang ke-3 ,or apa2 lah ....jadi mereka aggap sedih,pedih,kecewa,air mata,letih, jerih ni sebagai sesuatu yang menyeronokan untuk dilalui semasa bercinta jadi perempuan akan sabar,positif walaupun sedih,terima seadanya dan apa2lah untuk mempertahankan hubungan...walaupun disakiti..


berbeza dengan lelaki mereka anggap cinta tu indah,bahagia, comel,gembira,mencabar,hero,terror, jadi dah tentulah lelaki tak akan mampu menyatakan yang mereka nak hentikan episod cinta mereka kerana semua yang mereka rasa ni akan hilang...terus..lagi satu lelaki tak mau tengok perempuan nangis or kecewa kerana mereka..jadi mereka takan tekad untuk terus tinggalkan perempuan yang pernah singgah dalam hidup mereka ni..jadi mereka guna kaedah....go slow ...beb...mesti lah lastly perempuan akan give up dan akan minta dilepaskan.....bijak kan...ni teori yang aku fikirlah...


tapi aku rasa budak2 je yg guna taktik ni..mungkin juga org dewasa yang tak cukup berani menghadapi kenyataan...


aku cadangkan untuk mengelakan kesulitam dan kepayahan apa kata kita buat cara ni..


PEREMPUAN: beri peluang lelaki untuk cari kepastia betul ke lelaki ni perlu aku dalam hidup dia..kalau kau rasa dia lebih bahagia tanpa kau ...baik kau kasi dia peluang dan yang lebih baik beri diri kau peluang untuk rasa hidup ini indah...terlalu indah walaupun tanpa dia..Aku tahu susah sikit sebab sakit....tapi percayalah ..be positif...pasti ada yang lain atau sesuatu yang baik untuk anda sebenarnya...


LELAKI: Aku faham korang senang kan jatuh cinta...dan last2 korang sendiri tak yakin dengan perasaan korang..takpe berterus teranglah dan yakinlah dengan keputusan...sebab perempuan akan recover walaupun cedera parah...lebih baik mengaku awal2 dari maintain cinta tapi hampeh...


ape-apa pun mungkin kita selalu keliru dengan perasan sendiri so ...rujuklah Allah...jalan paling lurus dan benar...korang tau kan nak buat ape...2nd rujuk mak and abah..sebab diorg jaga korang dr zigot sampai tua.. 3rd tanye kengkawan yang adil dengan kedua2 pihak... 4.tanya iman dan akal... hati tinggal 5% je kot nak ikut pun.... yang ke 5...redho lah..sesungguhnya jika memang dah tertulis dia untuk kau dan kau untuk dia pastinya Allah akan beri jalan yang paling senang tanpa sesiapa pun kecewa,sakit dan putus asa...bila tiba masanya.....


ape2 pun aku tulis mengenai apa yang aku rasa (guna akal) ,pemerhatian , hypotheses, prediction dan aku harap aku juga mampu mentafsir perasaan sendiri..insyaAllah..


ayuh perempuan2 semua...berbahagialah dengan kurniaanNYA buat kita....kita bukan untuk disakiti tetapi untuk disayangi..kita bukan untuk di herdik tapi untuk dimengerti..kita bukan menyusahkan tetapi kita untuk menguji keimanan....yakinlah..perempuan baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk perempuan baik ..mungkin kita tak cukup baik tapi kita masih boleh baiki diri....betul?


so enjoy ur life cause life is short..happy2 walaupun single sebab telah tersedia kekasih yang paling setia untuk sesiapa sahaja yang bersedia untuk bercinta denganNYA....OK...jumpa lagi...w'salam,bye. :)  


I changed my font at thecutestblogontheblock.com