Thursday, October 20, 2011

kamu terlalu baik untuk disakiti

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog ku ... insyaAllah kita masih dapat berkongsi sesuatu...betul?


sepanjang aku menulis blog ni...aku akan selalunya meluahkan apa yang berjaya mengetuk pintu hatiku dan menyebabkan aku berfikir mengenainya tanpa henti selagi aku tak dapat jawapan yang pasti, relevant, dan mampu diterima akal.... dan akhir2 ni sesuatu berjaya bertamu dimindaku...segar..sentiasa...entahlah..mungkin ini adalah permainan perasaan dan hati nurani seorang perempuan...


persoalannya ialah..kenapa perempuan sentiasa memberi peluang yang entah ke berapa kepada lelaki walaupun ternyata dan terbukti lelaki yg istimewa dalam hidupnya itu  bersalah or buat2 apa yang tak sepatutnya atau tak buat apa yang patut sebagai seorang yang disayangi.....sedihkan jadi perempuan...


tidak dinafikan perempuan terlalu lembut hatinya,,pemurah,pemaaf ,penyabar dan tak mudah mengalah WALAUPUN mudah MENANGIS....


tapi patut ke...perempuan disakiti hanya kerana mereka sempurna dengan sifat2 diatas ni....kejamkan....terlalu...kejam


or sebenarnya perempuan sekarang rasa "tiada lagi yang lain"  or "hilang tak terganti" or  "aku tak mampu lupakan dia" or "dia je yang nak kat aku" or sebenarnya perempuan tak mampu bertegas dengan diri sendiri...demi kebahagiaan diri sendiri, kegembiraan diri sendiri...entah ini yang aku masih fikir dan fikir...


aku faham ...merasa kehilangan especially C.I.N.T.A ni mungkin perit (mungkin sebab aku tak pernah alami) sebab kena buat clearance hati..semua yg kat hati tentang DIA kena buang or mangga rapat2 dalam tong...tapi mengikut testimony kawan2 aku "memang sedih and sakit ,fini.Tapi tu yang terbaik" wah gitu...


hati dan akal.....dalam keadaan cam gini aku rasa akal lebih logik walaupun hati akan cakap "overlah kau ni akal..kejam!" ...tapi mesti akal akan cakap "kita tunggu hikmahnye"


so to my beloved friend....she knows..who i mean..aku faham perasaan kau....sabarlah beb..kuatkan iman dan jangan ikut hati...ikutlah akal yang kejam itu (kejam buat masa ni) sebab kalau betul lah dia jodoh kau pasti dia akan kembali dan dia akan lebih bersedia untuk kau...tanpa kau perlu PAKSA memikirkan dia yang tebaik,dia yang kau perlukan,dia untuk kau...BUT kau akan RASA...aku bukannya teror sangat nak menilai manusia ni..sebab manusia memang tak layak menilai manusia lain...but aku tak tak nampak dia serius macam mana kau serius....mungkin dia dalam delima kot...mungkin dia baru dapat bezakan antara suka,sayang dan cinta...mungkin....dia baru tahu siapa yang diperlukan dalam hidup dia...itu tak bermakna kau tak hebat beb...cuma mungkin dia lebih bahagia dengan orang lain...ok what kalau dia bahgaia kan?


"cinta tak semestinya memiliki..cukuplah jika org yang kita cintai tu bahagia..kalau dia bahagia dengan org lain so...lepaskan dia pergi..bebas..sebab tak semestinya kau mampu bahagiakan dia DAN jika nanti dia rasa kau yang sebenarnya diperlukan dalam hidup dia akan kembali dengan sendirinya tanpa alasan ,tanpa paksaan dan dia tak akan mampu kehilangan kau lagi " kata-kata ni aku petik dari seseorang....mungkin ada logiknya...
cuma kita akan fikir..biar betul naklepaskan cem gitu...yerlah beb..ni bab PERASAAN...mungkin dia boleh tipu kita dgn kata2,perbuatan ,sms,body contact, or what everlah..tapi dia tak boleh tipu perasaan dia...dan akhirnya akan terkeluar juga semua yg cuba ditipunya...dan perasaan tak boleh diPAKSA...


mungkin aku akan semakin dapat jawapannya....mungkin sebenarnya perempuan ni emosi bila fikir pasal cinta,kawin,putus cinta,orang ke-3 ,or apa2 lah ....jadi mereka aggap sedih,pedih,kecewa,air mata,letih, jerih ni sebagai sesuatu yang menyeronokan untuk dilalui semasa bercinta jadi perempuan akan sabar,positif walaupun sedih,terima seadanya dan apa2lah untuk mempertahankan hubungan...walaupun disakiti..


berbeza dengan lelaki mereka anggap cinta tu indah,bahagia, comel,gembira,mencabar,hero,terror, jadi dah tentulah lelaki tak akan mampu menyatakan yang mereka nak hentikan episod cinta mereka kerana semua yang mereka rasa ni akan hilang...terus..lagi satu lelaki tak mau tengok perempuan nangis or kecewa kerana mereka..jadi mereka takan tekad untuk terus tinggalkan perempuan yang pernah singgah dalam hidup mereka ni..jadi mereka guna kaedah....go slow ...beb...mesti lah lastly perempuan akan give up dan akan minta dilepaskan.....bijak kan...ni teori yang aku fikirlah...


tapi aku rasa budak2 je yg guna taktik ni..mungkin juga org dewasa yang tak cukup berani menghadapi kenyataan...


aku cadangkan untuk mengelakan kesulitam dan kepayahan apa kata kita buat cara ni..


PEREMPUAN: beri peluang lelaki untuk cari kepastia betul ke lelaki ni perlu aku dalam hidup dia..kalau kau rasa dia lebih bahagia tanpa kau ...baik kau kasi dia peluang dan yang lebih baik beri diri kau peluang untuk rasa hidup ini indah...terlalu indah walaupun tanpa dia..Aku tahu susah sikit sebab sakit....tapi percayalah ..be positif...pasti ada yang lain atau sesuatu yang baik untuk anda sebenarnya...


LELAKI: Aku faham korang senang kan jatuh cinta...dan last2 korang sendiri tak yakin dengan perasaan korang..takpe berterus teranglah dan yakinlah dengan keputusan...sebab perempuan akan recover walaupun cedera parah...lebih baik mengaku awal2 dari maintain cinta tapi hampeh...


ape-apa pun mungkin kita selalu keliru dengan perasan sendiri so ...rujuklah Allah...jalan paling lurus dan benar...korang tau kan nak buat ape...2nd rujuk mak and abah..sebab diorg jaga korang dr zigot sampai tua.. 3rd tanye kengkawan yang adil dengan kedua2 pihak... 4.tanya iman dan akal... hati tinggal 5% je kot nak ikut pun.... yang ke 5...redho lah..sesungguhnya jika memang dah tertulis dia untuk kau dan kau untuk dia pastinya Allah akan beri jalan yang paling senang tanpa sesiapa pun kecewa,sakit dan putus asa...bila tiba masanya.....


ape2 pun aku tulis mengenai apa yang aku rasa (guna akal) ,pemerhatian , hypotheses, prediction dan aku harap aku juga mampu mentafsir perasaan sendiri..insyaAllah..


ayuh perempuan2 semua...berbahagialah dengan kurniaanNYA buat kita....kita bukan untuk disakiti tetapi untuk disayangi..kita bukan untuk di herdik tapi untuk dimengerti..kita bukan menyusahkan tetapi kita untuk menguji keimanan....yakinlah..perempuan baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk perempuan baik ..mungkin kita tak cukup baik tapi kita masih boleh baiki diri....betul?


so enjoy ur life cause life is short..happy2 walaupun single sebab telah tersedia kekasih yang paling setia untuk sesiapa sahaja yang bersedia untuk bercinta denganNYA....OK...jumpa lagi...w'salam,bye. :)  

Saturday, September 17, 2011

MENdidik DAN TERdidik

Berakhirlah sudah penantian peperangan di atas kertas~UPSR...Sekarang berdoa dan tawakal kepada ALLAH, sesungguhnya ketentuan dan perancangan Allah adalah yang terbaik dan Allah tidak akan menghampakan hambanya yang berusaha....insyaAllah anak-anakku..

Jadi antara perkara yang aku nak buat sangat ialah tidoq marahton (pagi~petang~malam) tapi anak-anak aku cakap itu bukan tidoq cikgu...itu mati.hahaha.So untuk menambah nilai masa yang lapang ini aku sedang mambaca sebuah buku yang bertajuk EMC (Engkau Memang Cantik)~ macam best....Hasil penulisan Burhan Sodiq....antara yang menarik minat aku untuk terus membaca ialah statement " solehah tapi tak indah & indah tapi tak solehah"..wellll walaupun penulis ini seorang lelaki tapi idea oklah masih boleh aku  terima pakai.....so aku kene terus baca supaya aku tahu apa persepsi lelaki terhadap perempuan dalam konteks Islam yang sederhana tetapi lengkap~ SEMPURNA....

  Next , hari ni jugak aku ada menonton satu movie dah lama kuar aku je baru update~ aku tak bodoh... mula2 memang lawak giler la citer nye..mau taknye housemate aku asyik ketawa je.....but pengajarnyanya SUPERB. Sebagai guru aku rasa mendidik untuk student dapat A ke pelajar cemerlag ke..tak cukup baik laaaa...in other words bukan itu je kerja cikgu ni...banyak lagi terutamanya tugas yang paling penting ialah tidak merosakan masa depan dan diri anak murid dan cuba selamatkan anak murid yang masa depannya sedang berhadapan dengan kegelapan....baru kau boleh letak title cikgu dengan bangganya kat depan nama kau... BANYAKNYA AKU KENA BELAJAR UNTUK MENGAJAR.....memahami kehendak dan pemikiran setiap anak-anak yang dibawah tanggung jawap kita..bukanlah kerja mudah...kena ada konflik dan kadang2 kita akan tercabar dengan ego dan kehendak diri sendiri.....Tapi movie yang aku tengok tadi mengajar aku ~SETIAP YANG KANAK-KANAK lakukan adalah kerana mereka cuba mempamerkan penyelesaian masalah melalui kefahaman mereka sendiri dan yg 2nd mereka perlu diberi peluang menerima penjelasan org dewasa apabila mereka bertanya dan 3rd mereka perlu diberi peluang untuk memberi penjelasan mengapa mereka melakukan sesuatu yang agak weird pada pandangan orang dewasa....
Kanak-kanak juga akan lebih mudah mengikut arahan yang diberi jika orang yang memberi arahan juga mengikut peraturan.Contohnya selalu ayah cakap dengan anak-anak, jangan buang sampah merata-rata dalam rumah ni...tapi ayah pun buang sampah merata-rata juga...so anak akan ingat oooo ada choice la nak ikut ke idak....itulah sebabnye kita selalu cakap anak kita degil.....sebab kita yang degil...kalau nak tahu lagi  tontonlah sendiri...anyway thanks to nur shafikah sebab suggest kan movie best ni.... Terima kasih juga kepada semua guru-guruku kerana memahami diriku yang pelik ini.....semoga Allah memberkati cikgu-cikguku didunia dan diakhirat nanti...

Oklah...pasni nak lepaskan gian kemas bilik pulak...hahaha macam dah lama je tinggalkan bilik..macam manalah aku nak ada tanggung jawab lain...lepas exam baru nampak dunia yang luas ni.....apa2 pun thank you Allah...atas nikmatMu...wassalam....

Monday, September 5, 2011

selamat hari lahir Nur Shafizi Bin Nordin

2nd Nur....Selamat Hari Ulang tahun kelahiran yang ke 26....abah GG.....semoga tahun ni lebih diberkati dan dikurnaikan nikmat oleh Allah..jadilah hero yang abah selalu cakap tu....kitorang doakan yang baik2 untuk GG...stady boy..:)...ungha

Sunday, August 21, 2011

sepuluh malam terakhir....Ramadhan ...semakin berlalu....cepatnya.....

Assalamualaikum...malam ni malam ke-22 ramadhan...cepat benar bulan rahmat dan berkat ini berlalu.....10 malam terakhir ni nabi beriktiqaf di masjid...aku berblog di depan pc...aku harap penulisan aku memberi manfaat kepada aku dan saudara-saudaraku yang sudi membaca.....ramadhan kali ni ...aku betul2 rasa syahdu...sempat ke aku jumpa ramadhan lagi....insyaAllah jika diizinNya.
      Kebelakangan ni ...ada satu isu yang berjaya buat aku termenung panjang dan menyentuh hatiku yang paling dalam...ZINA....ape tu.....aku ni jahil  betul...masyaAllah....aku tak pasti...cuma yang aku tahu pasal batas2 aurat dan batas2 bukan muhrim.....rupanya zina tu luas definasinya..aku kena baca lagi dan ....
"jangan engkau menghampiri zina.(zina)itu suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk "(17:32)
emmmm hampir pun tak boleh....dan yang menyentuh hati nuraniku bila aku baca kat blog2 yang kupas isu ni...zina bukan pegang2 je....it's tooo much rupanya...kalau ingat boyfriend pun dah kira zina...kalau berangan pi holiday ngan boybpren ke....YA ALLAH...zina hati rupanya...astarfirullah.........lemahnya iman aku ....banyaknya salahku....kenapa aku tak tahu semua ni.........zina mata...urhhhhhhh.....nauzubilah.....banyaknya dosaku.......


       Rupanya zina ni memang penyakit akhir zaman sehinggakan zina yang dulunya sembunyi2 dilakukan boleh dilakukan secara terang2....kerana ia menjadi satu kewajaran...means kita yang hidup akhir zaman ni dah tak malu or dah hilang rasa malu ek....patut la manusia-manusia dimana-mana sekarang bercakap menjurus kepada double meaning yang erhhhhh...kotor...sometime i need some explanation to understand ...rupanya ini adalah ciri-ciri umat akhir zaman...mencabarnya umat akhir zaman ni....Ya Allah beri kami petunjukMU dan kuatkan kami untuk sentiasa berada dijalan yang benar....


     Lemahnya semangatku  bila aku semakin banyak baca mengenai topik ini......takpe sekurang-kurangnya sekarang aku tahu ape itu zina dan perbuatan zina ini hukumnya dosa besar....ada beberapa cara yang aku dapat hasil pembacaan dan pelayaran ku di blog...(thanks to the blogger yang sudi tulis dan kongsi ilmu "mati" ini)
1.dekatkan diri dengan org2 soleh dan solehan -yg ingat Allah
2.Banyakan beristifar dan bersalawat.
3.Betulkan solat dan kusyuk dalam solat ~ susah ni..tapi insyaAllah boleh..
4.uruskan pandangan mata 
5.Jangan menarik minat kaum berlainan jenis untuk mula bercakap mengenai sesuatu yang sulit ~ ya Allah...malu sikit
6.Ikhlaskan hati dengan ingat Allah dan nikmatnya...~ ni sesuai untuk hati yang selalu ingatkan "si dia"
7.Bernikah lah kamu jika kamu sudah layak ~ cara yang selamat untuk mendenderamkan hati,tapi pernikahan bukan berobjektifkan SEKS...tapi kerana Allah dan demi menjaga agama Allah....


    Aku harap post ku ni akan beri kekuatan kepada diriku untuk terus mempertahankan maruah diri dan agama ku ini...sesungguhnya kita hambanya yang lemah dan terlalu banyak kesilapan yang kita pernah terlanjur lakukan...tapi Allah itu maha pengampun.....marilah kita bertaubat dengan sesungguhnya..semoga taubat-taubat kita diterimanya. semperna bulan mulia ni......dan diberi taufik dan hidayah supaya kita terus berada dijalan yang benar..amin...insyaAllah...

   Selamat beramal...semoga kita dilahirkan sempurna dan kita kembali nanti juga dengan sempurna...insyaAllah..jumpa lagi...w'salam.




      

Saturday, August 13, 2011

mungkin Allah nak bagi aku pelangi selepas aku hilang matahari.......:)

Assalamualaikum...Ramadhan yang syahdu.....aku rindu bulan syahdu ini.....dr blog2 yang kulayari dihujung jari bersama hati dan akalku ini macam2 masalah manusia dan pesanan yang menjadi ubat kepada jiwa...dan antara yang paling kuat buat ku yang aku jadikan tajuk post aku ni......bila Allah hilangkan matahari dan DIA bagi kita hujan ,ribut,petir kita tersedak,kecewa,sedih,menangis...tertanya-tanya mana matahari tadi....kenapa Allah ambil matahari tadi....rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi......pelangi yang indah yang cantik...lebih cantik dari cahaya matahari.....TAPI kuatkah aku menunggu perginya ribut petir dan sabarkah aku menunggu pelangi yang indah itu..tak hilang pedoman kah aku.....kenapa sanggup manusia melakukan sesuatu yang sangat sengsara kepada manusia lain...manusia yang disayangi ...manusia yang dihormati,manusia yang diharapkan keredhoannya,manusia yang sangat penting dalam hidup dan mati ku......aku kecewa dan terduduk...aku hilang dalam kekuatan yang cuba ku tautkan dimana-mana yang lebih kukuh dariku.....tapi aku rasa sesuatu yang masih bersama ku disini....di baris-baris akhir perjuanganku dan kesabaranku sebagai manusia yang berpedoman aau yang lebih sopan berakal dan beriman......sesuatu yang diuji buat ku pasti ada sebabnya dan pasti ada HIKMAH .....tu semua rahsia ALLAH...dan aku cuma yakin sekarang satu je ...apa yang ALLAH buat untuk hamba-hambanya ada sebab semata-mata kerana ALLAH sayang aku dan hamba-hambanya yang diujiNYA.itu je yang aku tahu.......yang lain aku tak dapat fikir......


    Aku cuma harap aku mampu hadapi realiti ,selesaikan dengan berhikmah tanpa mengeruhkan keadaan, dan pengakhiran yang lebihbaik dan mendatangkan faedah didunia dan akhirat...aku redho jika aku terpaksa korbankan kehendah dan kebahagiaan diri..sesungguhnya terlalu ramai yang perlu ku jaga dan pastikan mereka bahagia.......aku pasti...dan aku redho jika masa-masa akan datangku aku tidak dapat lihat dan dengar gelak tawa dan suara2 org penting dalam hidupku...jika itu pilihan akhir yang terbaik...aku akan bersedia menghadapinya.....menghadapi kedukaan dan kehilangan.....kemusnahan dan mungkin mereka akan lebih bahagia begitu.......bahagia tanpaku...bahagia dengan hidup ini....hidup yang sekejap ini......tapi YA ALLAH jika aku masih diberi peluang beri lah aku peluang untuk tidak kehilangan dan peluang aku untuk habiskan sisa-sisa hidupku bersama semuanya....berilah aku peluang untuk membahagiakan.....semuanya....ya ALLAH berilah aku peluang.aku yakin sesungguhnya ENGKAU maha pengampun dan ENGKAU maha pengasih dan penyayang..pastinya ENGKAU amat faham perasaan ku.......PASTI...


 wahai diri,sabarlah,berdoalah ,dan yakinlah...redholah....sesungguhnya kita hanya manusia yang lemah...lemah....lemah.......hadapinya dengan kuat....ya KUAT...KUAT...KUAT...mintalah kepada penciptamu sesungguhnya dia maha segala-galanya..............................................................................
insyaAllah .semoga aku diberi petunjuk dan pedoman dengan iman yang teguh dan kuat begitu juga dgn mereka2 yang terlibat..semoga Allah berikan jalan kebaikan kepada mereka,jalan pulang yang betul dan selamat.....


Ya Allah yang maha segala-galanya.Ampunkan dosa-dosa kami.Dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil kami...tunjukan kami jalan kebenaran,akhirkan hayat kami dengan pengakhiran yang baik dan sempurna seperti mana kau hidupkan kami ,titipkan rasa kasih sayang diantara kami dan pinjamkan kami jiwa-jiwa pemaaf dan redho diatas segala yang telah berlaku.......dan YA Allah jangan kau tutup hati-hati kami untuk bertaubat kepadamu kera sesungguguhnya kami tak mampu mengadapi panasnya api nerakaMU tapi kami juga tak cukup layak untuk merasa nikmat syurgaMU..sayangi kami Ya Allah......kerana dengan kasih dan sayangMu kami akan bahagia di dunia dan akhirat.....amin...

Friday, July 8, 2011

Selamat Hari Lahir Nurshamin Bin Nordin

9 Julai 1988- lahirnya seorang bayi lelaki di quarters tentera..sebab tak sempat lagi nak ke klinik berhampiran.. Lagi best baby ni tak nangis, senyap je...tetiba senyum....pastu baru nangis..lapo rupenya.....ingat lagi mak bidan cakap.."budak ni kena jaga elok2 ni..kalau zaman dulu dah jadi pendekar dah" wah adik aku pendeka ..memang pun pendekar yang sukakan kemerdekaan....Aku paling tak lupalah..bila dia tidur kat playground kat area rumah selepas dimarahi dan lagi aku ingat ..bila dia bakar dapur rumah sebab nak test bomba datang atau tak......memang pendeka...berani mati... ape2 pun air mata aku ni akan senang je mengalir bila ingat pahlawan yang sorang ni sebab aku pun tak tahu...but he chill me yet to get cool and to make my mind freedom enough. But  i turn everything to Allah....the most important thing is be with them in what ever situation...walau jauh macam mana pun....jarak aku dengan mereka....doa aku akan sentiasa mendampingi mereka.....insyaAllah jika bukan sekarang Allah makbulkan doa-doa itu ..it will be soon...cause pray is fund.. 

Selamat Hari Lahir Men, be the best for your self and for other ...sebab setiap yang Allah beri kepada kita adalah yang terbaik untuk kita...Tak kiralah baik atau buruk pasti diselitkan hikmah....Yong doakan semua yang baik-baik untuk men...tabahkan diri menghadapi hari  dan  enjoy your life......tq for been such the best adik for me..and color up my life,teach me how to improve my self better , let me learn to be more understood of other .....and let me get close to Allah......thanks so much..... we do love you.. 

Thursday, June 23, 2011

Sometimes kanak-kanak mampu mengusik jiwa kedewasaan...

Assalamualaikum.Minggu yang sibuk + ngantuk...Tapi suatu pengalaman menarik dalam hidupku..Betul orang cakap jauh pejalanan luas pemandangan ,Banyak pengetahuan......lately aku ada marah or dalam bahasa yang lebih sopan marah seorang pelajar aku....anak-anak ni....selalu je nak kena marah...AKU panggil dia dan marah.....dah abih aku marah aku pun tanya dia..."patut tak kamu kena marah?" dan di jawap " patut cikgu ,sebab saya buat salah. Terima kasih cikgu" .....aku senyap sekejap terima jawapan yg sungguh suci itu......baguslah anak-anak ni...walaupun kena marah masih boleh cakap terima kasih....mungkin dalam hati dia...dia betul2 rasa dia salah dan perlu dimarahi....

Aku sebagai orang dewasa...macam-macam dah makan,jauh dah pergi,sekolah dah bertingkat2.....tapi sometimes atau selalunya susah nak terima bila orang tegur..apatah lagi bila kena marah..lagilah aku tak leh terima...kenapa eks?...tapi bila aku teringat anak aku tadi..aku terfikir mungkin aku ego sebab aku memang salah or aku sebenarnya malu sebab dah buat salah ...anyway miss nur oi bila orang tegur  means adalah org yg peka dengan kau ..macam kau peka dengan anak2 kau....

Aku akan be positive next time and walaupun at first aku marah tapi aku kena fikir kenapa?..Malulah sikit  bila orang tegur aku dengan rela dan ikhlas aku tak terima ...dah tu marah pulak....dewasalah sikit....pemakaian dah dewasa, keinginan dah dewasa tapi minda dan hati masih belum "mumais" ......sepatutnya aku kena terima kasihlah dengan org yg nak tegur aku macam anak aku tadi....sebab sekurang-kurangnya dia tak biarkan aku memalukan diri sendiri....dan terus mengaibkan diri sendiri..kan?

Susah jadi orang dewasa ni banyak kena belajar bukan terus pandai je ...kena pandai hargai orang lain dan kena bijak urus diri dan diri kita ni mewakili banyak pihak....Contonhya diri kita ni menggambarkan mak ayah kita..kalau kita dah kawin  diri kita menggambarkan suami or isteri kita...jadi...kesian kat diorang kalau kita tak pandai jaga diri means orang2 yang dekat ngan kita tak pandai jaga kitalah.....eeee taknak lah....

didiklah jiwa dengan terbuka dan carilah ilmu bukan ilmu akademik je tapi ilmu hidup untuk mati dan jadilah manusia yang sentiasa besyukur kepada pencintaNya.Semoga aku akan sentiasa ingat dan belajar...Tolong ingatkan aku ye....kita lemah tapi kita cukup kuat bila ada orang yg mampu menegur kita....jumpa lagi..jaga diri...W'salam.

Wednesday, May 18, 2011

Layakkah aku bergelar guru.....................................

Assalamualaikum semua...sambutan hari guru tahun ni amat menyedihkan...ada perasaan nak tinggalkan profession ini...rasanya diri ni terlalu kerdil untuk menjadi seorang yang digelar guru..seorang yang dipanggil cikgu dan seorang pendidik...Terlalu banyak amanah yang diletakan di bahu ini...amanah pelajar,kementerian,mama dan abah yg kusayangi,amanah ibubapa pelajar dan semua ini adalah amanah dari Allah...aku ingat lagi ..bila sampai sahaja surat penempatan dari kementerian...sms dari seorang guru.." berusahalah...kerana amanah Allah ini amat berat" kini aku faham..betapa beratnya amanah itu harus ku bawa dan tanggung......mampukah aku?layakkah aku? menyampaikan ilmu mu...dari hati terus ke hati....membentuk insan dan memanusiakan manusia...aku tak pasti......sekali lagi nafasku sesak bila aku fikir....sudah berjayakah aku dalam menyampaikan ilmu dan sudah berartikah insani yang cuba ku bentuk....

Diriku terlalu lemah...terlalu banyak kekurangan...Bagaimana aku mampu melawan dalam masa dan detik aku meneruskan perjalanan hidup dengan terus berjuang ini belbagai dugaan dan cubaan dari Allah...dan cubaan paling berat ku rasakan ialah kehendak hati...qalbu...aku dihimpit dengan pelbagai persoalan..mengapa mereka begitu?mengapa itu perlu berlaku dihadapan ku? dan apakah harus aku diamkan sahaja...layakah aku melakukan  sesuatu...aku binggung....

Wahai sahabat aku doakan hatimu digerakkan oleh yang Esa untuk membaca blogku ini...sesungguhnya tidaklah  sahabat yang sahabat jika dia sanggup mendengar tomahan dan sindiran...di belakang dan terus hanya mendengar...Sahabatku...kukira janggal rasanya kelakuan mu itu..kerana engkau terlalu mulia untuk begitu bagiku..engkau terlalu baik untuk disakiti.Mungkin apa pun alasanya ianya tidak akan munasabah dan mungkin juga tidak akan dapat diterima akal yang sedar tanpa pengaruh dari nafsu....Sudahlah..hentikan....mungkin aku takakan memandang sahaja...kerana aku bukan mereka...
sahabatku kita datang terlalu jauh jika hanya untuk begitu...Aku tahu jiwamu suci dan aku tahu semua org yang bergelar manusia tetap akan hanyut dalam kehendak diri....ingatlah sahabatku....jangan kau lelong harga diri ibu dan ayah mu...dan jangan engkau malukan ibu dan ayah mu dihadapan ALLAH nanti...

Sahabatku jika pembacaan mu membawa penafsiran negatif..terpulang..itu normal..kerana aku sekarang cuba menyekat kebahagianmu dan aku doakan engkau sahabtku....doakan engkau bahagia dan kebahagianmu adalah datangnya dari seorang lelaki yang hebat imanya,yang gagah peribadinya ,yang kebal hatinya hanya untuk pencipta dan yang yakin bahawa hidup ini dia memerlukan mu untuk dia lebih mengingati Allah...cuba engkau fikirkan sahabatku...engkau tak LAYAK untuk lelaki yang tiada kekuatan mendekati Allah dan lelaki yang kukira mencintai agamamu hanya kerana dia ingin memilikimu...sahabatku...perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik....dan aku percaya engakau terlalu baik.

sahabatku .....sesungguhnya teguran dari hati ini adalah teguran selemah-lemah iman..sudahlah..pulanglah..aku ingin  lihat lagi wajahmu yang berseri,aku ingin lihat lagi engkau yang aku contohi dalam mendidik dan menjalankan amanah ini...kerana aku sayang sahabatku....

Sesungguhnya aku mengingatkan diriku sendiri...jumpa lagi,jaga diri,wassalam

Friday, May 13, 2011

So W.H.A.T.........

ASSALAMUALAIKUM.......tulis...tulis di buku ini....blog adalah jurnal untuk menulis secara online dan dikongsi oleh sesiapa sahaja yang sudi ...terpulang untuk menggambilnya secara positif atau pun nak berfikiran negatif sampai bebila pun tak pe.....tiada paksaan...because no body can change u but your self....

Cuaca yang panas ni sebenarnya senang sangat buat hati panas dan hati yang panas selalunya di pandu oleh nfsu dan amarah......PERHHH nasib baik aku masih mampu bersabar walalupun hanya tingga 1% jak....tapi masih mampu berkesan dihati.....alhamdulilah....

Kadang-kadang memang sukar bila berhadapan dengan anak-anak yang belum akhir baligh pun ...nak marah....memang kena marah....no other ways..tapi berkesan ke tidak...itu lebih penting....sebenarnya apa yang aku dapat belajar adalah....ANAK-ANAK perlu sentiasa di ingatkan kerana mereka mudah lupa dan lebih  baik jika pesanan yang kita nak sampaikan tu berkesan dari hati ke hati.....Yang ke dua yang aku baru faham kanak-kanak sangat mudah memaafkan ...sangat mudah....Pagi karang marah....tengahari dah boleh senyum-senyum..

Bila aku dah jadi cikgu dah aku tengah down sangat dengan prestasi aku dan anak-anak aku....aku selalu fikir balik kenapa aku naj sangat jadi cikgu dulu.....oooo sebab aku nak cabarannya....dealing dengan kana-kanak tak sama deal dengan mesin, org dewasa atau what ever...jadi you can face it..and you want to face it....SO ...face it.....

Kadang-kadang aku fikir..takpe nak rasa down...kadang-kadang ia akan buat kita refresh balik semangat nak strategi baru yang patut difikirkan untuk mengatasi kelemahan aku dan anak-anak aku ni....

so UPSR coming soon...jusssst around the corner....Please pray and doa for me and my anak-anak ....

To all ....jaga diri ..wasalam...

Friday, April 29, 2011

Saya tak sempurna......

Assalamualaikum semua.....
Kesempurnaan....saya letih fikir ini....tapi saya juga pernah terbaca sebenarnya kekurangan kita adalah satu daya penarik ....


Saya tahu saya tak sempurna dan kerana itulah saya sentiasa berharap kepadaNya...dalam berharap kepadaNya pun kadang-kadang saya masih melanggar apa yang tak patut saya langgar.....
Saya akan terus belajar menghargai kesempurnaanNya ..yang masih menerima saya walaupun saya lalai ........Dia sungguh sempurna ...YA RABBI


wahai seseorang yang singgah dihati ini..thanks and sorry for everything........... jika saya punya peluang untuk membahagiakan ...insyaAllah saya akan lakukan..dan jika tanpa saya,awak akan lebih bahagia....saya akan terus doakan awak..insyaAllah.......sesungguhnya saya tak sempurna......KERANA...mencintai tak semesinya memiliki...tapi cukuplah orang yang kita cintai itu bahagia dan lebih bahagia tanpa kita..........tabahkah aku?


InsyaAllah......saya serahkan semuanya kepada takdir Allah kerana jodoh tukan rahsia Allah...wahai hati.....kuatlah....


Kepada semua yang sedang bahagia....alhamdulilah kerana anda dikurniakan rahmat Allah .Semoga Dia akan sentiasa memberi kasihnya kepada anda semua...


Kepada yang bersedih...alhamdulilah kerana kita diuji..mungkin kita akan lebih disayangi....Semoga tabah...


Ok semua jaga diri,Bye..W'salam...

Friday, April 22, 2011

Selamat hari lahir Nur Shafikah Binti Nordin

Lahirnya seseorang yang kreatif dan masih mencari dan menggumpul kekuatan dalam menghadapi kehidupan ini.....hAPPy BirthdaY tO yOu....semoga Allah sentiasa memberi kebekatanNya kepada kamu dan sentiasa gembira dalam kehidupan yang indah ini....

INGAT....orang yang bersyukur akan gembira bila diberi kenikmatan dalam hidupnya kerana dia tahu Allah sayang  akannya DAN orang yang besyukur akan tetap gembira bila diberi dugaan kerana dia tahu Allah menguji kasihnya kepada Allah....


A'a....chaiyokkkkk......

Saturday, April 9, 2011

LIFE IS SHORT ...so make it meaningful for your never-end-life sOOn

10 April 1984......seorang ibu telah melahirkan seorang bayi perempuan yang dipredict  at first seorang bayi lelaki...but anyway bayi ini comel dan cute...(sama la..bunyi je lain)...membesar bagaikan johan...berfikir melebihi   umurnya....semuanya harus boleh dan pasti boleh jika mahu cuba termasuklah membakar kereta abah....nak test boleh tak kereta ni terbakar?.....yes..boleh jawapannya....


Yang pastinya life is short but it so meaningful... sebab kehidupan yang pendek inilah gambaran kita untuk kehidupan kita yang tiada akhirnya nanti...DI SANA....Semuanya terserah ....kepada kita....jangan salahkan orang lain...ask your self...and you will find the correct answer and more important you can accept the solution...


Kita diwujudkan sebagai hikmah dan sebagai cabaran bagi orang disekeliling kita....bagi diri sendiri ....kewujudan kita bermakna atau tidak ....BERGANTUNG ....kepada kita sendiri untuk tentukannya...
Kadang-kadang takperlulah rasanya nak rasa diri sangat istimewa ,sangat penting dan sangat diperlukan ...tapi kira oklah bila kita dah tak ADA baru keADAan kita dirasakan penting.......MACAM P.Ramlee,Sudirman...dan  sesiapa pun lah....


Dalam kehidupan ini pun ...banyak yang kene sentiasa dipelajari dan wajib mengingati pencipta dan sentiasa kembali kepadaNya dalam apa juga keadaan....LUPA...biasalah..sesungguhnya kita memang dicipta bersama LUPA....sebabtulah SAHABAT yang baik itu penting bukan untuk menegur tapi membina diri...dan akidah yang BAIK dan LEBIH BAIK...


Setiap hari adalah hari baru dan warna yang baru...bangun dan bangkitlah wahai diri supaya usia mu dan umurmu yang dianugerahkan Allah ini adalah usia yang berkat....sesungguhnya hanya 3 benda yang dibawa mati.....


Emmm...kepada semua yang singgah dan masih bersama dalam pelayaran kehidupan saya...thanks and sorry for everything...saya manusia yang sentiasa buat kesilapan....dan yang penting sentiasa LUPA...sesungguhnya anda semua banyak mengajar saya erti kehidupan....


For mama and abah (Puan Selemah Binti Yusof and Encik Nordin Bin Md Noor) thanks atas semua kesempurnaan yang kalian berikan...the most important thing is your DOA for me....that i never can reply back...


For bro and sis (G,Men,Ka,Woni) thanks for been such a good bro and sis to me...love u all...


For Atok Limah ( Arwahyarhammah)  and  Atok Mai...Love u ...and All mak saudara and ayah saudara ...to my all  lovely sepupu......and my friends.......and buddies ........TERIMA KASIH kerana wujud dalam hidup saya......And the most important ...to ALLAH....syukran....kerana diberi rahmat dan hidiayah...membantu ku ketika senang dan susah.....semoga 27 lebih berkat dan bermakna...InsyaAllah....


To all ....thats all foe now ...jumpa lagi..semoga semua ok....take care..assalamualaikum.....

Friday, March 25, 2011

ujian kelemahan untuk kekuatan.......

Assalamualaikum...lama rasanya tak write down kat sini.....cikgu selalunya bagi ujian untuk tahu kelemahan murid...pembetulan...sebenarnya sebab nak tahu pnp yg dijalankan dapat dikuasai atau tidak oleh murid...in other words..nak tahu kelemahan diri sendiri........macam tu juga dalam kehidupan..bila kita di uji dan kita rasa terpukul sebenarnya mungkin Allah nak kita tahu apa kelemahan kita dan cuba baiki diri....so perlukah kita ego dengan diri sendiri.........tak patut......kadang-kadang letih bila fikir pasal ini...tapi inilah realitinya....sebenarnya mintalah bantuan Allah kerana Dia paling faham ................
Semoga aku kuat dan jadi lebih kuat...untuk hidup akan datang dan hidup disana nanti....... InsyaAllah....manusia tanpa cabaran apalah sangat.............tak bestlahkan...
Kawan-kawan ...kadang-kadang kita memang tak dapat nak cari jawapan untuk persoalan...JADI...biarlah masa tentukan arahnya.......jadi saya akan buat itu.....biarkan.....masa tentukan....
Ok semua..taking care.....Assalamualaikum.....

Tuesday, February 22, 2011

Terima kasih Cikgu Buding

Terima kasih to CIKGU BUDING ANAK BUYONG for everything .....Terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi dan rujukan..sesungguhnya jasa dan tunjuk ajar cikgu akan kekal di hati sebagai pedoman .InsyaAllah..
Jangan sedih cikgu....(sebenarnya ingatkan diri sendiri) pasti ada hikmah disebalik perpisahan yang dicipta tuhan untuk hambanya......


Semoga semuanya okey dan baik.....semoga cikgu sihat dan saya pasti wangian jasa dan tunjuk ajar cikgu akan terus tersebar jauh seperti angin yang menyebarkan benih2 meranti jauh ke tanah lapang....Pasti meranti yang tumbuh ..akan megah dan kukuh......


Mungkin ini adalah cabaran saya  yang seterusnya kerana.....saya hilang seseorang yang dapat berbicara dan bertanya mengapa dan kenapa? khasnya dalam arena pendidikan ini......Semoga saya juga akan menjadi sehebat cikgu nanti...mendidik dan membimbing jiwa hingga ke akhirnya dengan penuh semangat dan harapan....


To Cikgu Buding, selamat bertugas di tempat baru semoga perpindahan dan penghijrahan akan memberi lebih kebahagian dan semoga kita akan bersua lagi.....TERIMA KASIH CIKGU!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, February 16, 2011

Pesanan ke 19 lukman al-Hakim kepada anaknya.....

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.


Pujian..palsu atau ikhlas...penting ke pujian ni...Kalau dalam dunia pendidikan ni...untuk kanak-kanak pujian adalah salah satu kretiria yang penting ada dlm pnp....contohnya...bagus ! good ,dll sebagai penyuntik semangat dan motivasi kepada kanak-kanak ini.....


tapi sebagai org yang dah dewasa dan rasanya tanpa pujian pun kita masih boleh bermotivasi dalam menjalankan kerja sebab sometimes pujian menyebabkan kita hanyut dan lalai..yelah sebab dah ada orang puji....sebab kitakan mudah lupa..bila dah selesa.....


Bila difikirkan secara nature dan positifnya...bila kita dalam keadaan yang sedih,sunyi dan yg sewaktu dengannya kita akan lebih bersyukur dan lebih bersemangat untuk buat yang lebih baik dari sebelum ini........itulah hikmah....


Jadi cikgu Nur bila nak buat sesuatu make sure orang tak tahu....especially bila nak buat sesuatu yang baik...macam magic la...tarrrraaa ....tetiba ada sesuatu yang baik tapi tak tahu siapa yang buat.....And lagi satu setkan dalam minda bila buat sesuatu mesti berfokus pada tujuan untuk kebaikan dan takde niat untuk menunjuk-nunjuk or riya........itu rasanya akan beri kesan yang lebih mendalam dan baik kot.....


Always ingatkan diri bila buat sesuatu jangan langsung ada niat nak org lain tahu...dan biarlah orang lain tak tahu apa yang aku buat sebab Allah kan sentiasa tahu .....sesungguhnya anugerah dan nikmat Allah tu lebihbaik dari pujian manusia.......


Yelah...... ingat ye...buat sesuatu kerana anda suka dan rasa tanggung jawab...tak perlu nak bagi tahu orang lain...ingat tu cikgu Nur...tapi nak share sebagai inspirasi ...kenapa tidak...selagi tak ada niat untuk menunjuk2 tu...kira oklah.....


Ok kawan-kawan selamat menjalankan tugasan harian...jangan lupa niat kerana Allah....Assalamualaikum...jaga diri,jumpa lagi ,callo.......

Monday, February 14, 2011

lupakan dan terluka..atau teruskan tapi tak pasti pengakhirannya

Kanak-kanak:lakukan perkara yang hampir sama setiap hari dan cuba expore sebanyak mungkin.Tapi hati free dan minda bebas tanpa beban.


Remaja : buat rutin harian tapi cuba sesuatu yang jarang org lain buat dan mencabar.Hati puas kalau dah cuba but fikiran masih terus berputar


Orang dewasa: banyak keje kena buat dan kadang-kandang tak pasti mana yang betul dan yang salah but have to do something.Fikiran serabut tapi dengan iman tenang dan ringan semula.Hati..ringan dan berat terserah pada iman...dan amal....


lupakan sesuatu yang sangat sukar dilupakan sama atau tidak dengan lari tinggalkan masalah dan persoalan? kita selalu keliru dengan apa yang kita buat walaupun muka dan tingkahlaku confident gile....dalam hati...perhhh sapa tahu betapa bergolaknya.


Tapi teruskan sesuatu yang kita suka tapi ramai org tak restu dan tak berapa suka pun menjadi persoalan juga......sebab tak boleh share dan rasa macam lonely je.


Akhirnya ....doalah wahai sahabat dan mintalah dari Allah sebab Dia yang maha segala-galanya dan mungkin ini ujian untuk aku dan sesiapa sahaja yang sama situasi dengan ku....
Biar masa yang buat keputusan dan berdoa supaya kita lebih yakin itu adalah yang terbaik untuk kita bila tiba masanya keputusan tercapai....


Yang dirasa baik untuk kita belum tentu dirasakan baik oleh org lain....orang lain tak pe lah...tapi mama ...abah....itu yang paling penting...takperlah....insyaAllah aku yakin apa yang diberikan kepada ku adalah yang terbaik untukku dariNya yang lain hanya medium penyampaian sahaja....


Ya Allah....perikan aku petunjukMu sesungguhnya engkau lebih mengetahuinya..amin...


Ingat ye kawan-kawan ...Redho ALLAH terletak kepada redho ibubaa...tapi jangan berhenti berharap untuk terus berdoa........Aku ingatkan diri sendiri dan kawan-kawan je...Salam Maulidur Rasul .....bersalawatlah..semoga kita perolehi shafaatnya.....Assalamualaikum,jumpa lagi, callo, jaga diri...

Friday, February 11, 2011

kanak-kanak dan peringatan

"kamu tak ingat atau tak faham kan saya dah cakap jangan buat macam ini!" ayat yang aku selalu guna...dan aku selalu fikir kenapa anak-anak ni macam tak nak ikut arahan....Aku terbaca satu artikel ni ....yang berbunyi..apabila kita mendidik kanak-kanak..mestilah selalu mengingatkan mereka perkara yang sama..dalam erti kata lain jangan putus asa dan berhenti berharap..one more thing mesti ajar dari sesuatu yang mudah kepada yang susah...barulah apa yang kita sampaikan tu cepat difahami dan tertanam kukuh di hati dan minda....
Kalau perlu beri penerangan sebab dan alasan yang logik kenapa kita beri arahan macam tu kepada kanak-kanak ni....Baru lah mereka rasa mereka perlu ikut dan ada sebab nak ikut arahan kita tu.....

Kanak-kanak adalah manusia yang ikhlas dan tidak dipengaruhi dengan dendam dan emosi..mereka suci dan pemaaf....

Setakat ni,melalui pemerhatian dan pengalaman aku ,kanak-kanak tiadak boleh dididik dengan kebiasaan kebendaan .Contohnya belanja or bagi hadiah yang mahal2 selalu dan belanja something yg best selalu... sebab nanti diorang takan menghargai sesuatu yang lebih murah or yang leboh bawah dari benda yang diorang selalu dihadiahkan or diberikan.Jadi berilah sesuatu yang berguna dan dapat membantu mereka dalam aktiviti mereka...

One more thing Nabi ada pesan.."didiklah anak mu mengikut zaman mereka" so janganlah guna konsep dan teori yang kita pernag lalui semasa kita kecil dulu...tak kemana nyer....Sesuaikan dengan keadaan dan masa dan jangan melanggar hukum dan norma kehidupan...udah le...

Cuba didik dan tanamkan sifat2 dan kebesaran tuhan..tak kiralah apa pun agama kanak-kanak tu mereka tetap ada tuhan dan yang paling penting semua agama menuntu kebaikan.Jadi jika kita biasakan sifat ketuhanan kepada mereka..Apa pun yang mereka nak atau cuba lakukan mesti teringat tuhan...so it's make them think twice....

Be nice but straight at the right place and situation. Means here kalau kita nak didik somthing yang relate to disciplines please be straight but make them selasa dan dapat terima rules yang kita cuba didik..Jika situasinya lebih kepada pesanan or pembelajaran make it more comfortable and nice..so kanak-kanak akan mudah tertarik dengan at first..mendengar  dan jika apa yang kita cuba buat itu menarik...kanak-kanak akan terus memerhati dan cuba memahami..jika mereka yakin dan faham apa yang cuba kita sampaikan mereka akan aplikasikan dalam akitiviti mereka.....kanak-kanak yang banyak mengajar kita...

sekarang ni banyak sangat cerita tentang teenage yang tersesat dan tak balik-balik ke pangkal jalan...why? ...pendapat aku..sebab,diorang dah sesat dan dah seronok dengan dunia diorang...yang tak seronok org yang diluar dunia diorang...Macam mana leh jadi cem gitu....simple je....bermula seawal mungkin cuma masa kanak-kanak pergerakan dan keupayaan masih minimum or terbatas...jadi bila dah remaja dan ada geng yg sama...why not they try something that can make their feel this world belongs to them....itu le jadinye...
Jadi kita sebagai org dewasa kena lah buat sesuatu..paling tak pun,jadi contoh yang baik.

So jadilah org yang baik kepada kanak-kanak..fahami mereka dan sayangi mereka...Kerana mereka pembela kita di masa hadapan nanti....

Kawan-kawan komen lah jika ada yang tak puas hati atau nak add on...please thanks so much....Assalamualaikum..jaga diri..jumpa lagi...callo..
   

Thursday, February 10, 2011

entahlah...nak gelak ke nak sedih....

kenapa ye saya tak boleh buat apa yang saya suka....saya dah lah jauh dari keluarga saya dan org2 yang dekat dengan hati saya...Saya nak berblog pon di kira menggangu org lain...tak adil...saya tak ganggu orang lain pun...saya cuma nak tulis apa yang saya rasa untuk ingatkan diri sendiri supaya lebih jadi lebih baik...saya tahu saya tak baik pun dan banyak lagi yang saya kena faham dan jadikan iktibar....Saya mungkin tak kuat sangat untuk menerima hinaan dan mulut2 jahat bila bercakap sebab saya dah dididik dan dilatih untuk tanya dan jawap bila ada yang saya tak puas hati dan saya tak faham...
Takpe lah kalau ada yang terasa saya minta maaf.Dan saya takan ada dan libatkan anda dalam hidup saya....FULLSTOP.selamat tinggal...just some formal bussiness...not more than that....
Semoga anda semua lebih bahagia dan gembira di mana jua anda berada..All the best.Nabi Muhammad pesan kalau org buat jahat dengan kita balaslah perbuatan jahat dengan sesuatu  yang baik.So aya doakan semua yang baik-baik untuk kalian...GUD LUCK.....

This is new in my life,maybe i can said this good but it's hurt me so much..BUT thanks Allah cause still give me this to feel and face all this thing.And as i know i will change my self more and more and get far for other that dislike me cause i'm not that gud.......yah i know that...

Kawan-kawan yang masih sayang saya thanks so much cause i need friend and as i grow up besides friend by my side and i love all of you....thanks dude and thanks babe.......InsyaAllah saya akan cuba jadi kawan yang baik dan sahabat yang mendoakan sahabatnya......

To ALL OF YOU MY FRIEND AND PEOPLEs that always beside me thanks....so much..........see ya..jumpa lagi,doakan saya kuat,Jaga diri,Assalamualaikum dan callo

Wednesday, February 2, 2011

kenapa aku jadi cikgu....................................

Mak dah cakap ..abah dah pesan ....kalau nak jadi cikgu sebab takde kerja lepas habis universiti..renti-rentikanlah.....sebab ko akan menyusahkan dan menjahanamkan anak bangsa dan negara....lebih baik jual cendol depan rumah takde bagi effect kat mana2 generasi kecuali melegakan tekak dan perut....
perhhhh sekarang aku percaya kenapa mak dan abah pesan macam tu...alhamdulilah aku masuk profession ni bukan sebab aku takde kerje lepas grade ..tapi sebab aku dah try dulu sebelum aku sure untuk terjun terus ke dunia ni...dan memang best dunia perguruan ni....dengan syarat ko memang gile minat dan kau tak kenal erti bosan + kau sanggup buat sesuatu luar dari kebiasaan + sentiasa mencari yang baru dan baik + tak fikir nak kaya dengan gaji setakat 2+++  + anggap student macam anak kau...banyak lagi..tu kene tanya senior la..aku baru je dalam dunia ni..baby lagi..


aku sedih sangat bila baca,observe dan dengar pasal guru-guru yang mementingkan cekadak dan kerongkong mereka dan anak-beranak mereka je....SUDAH......berhentilah jadi cikgu..jadilah CEO ke ..peguam ke, penyanyi ke,polis ke, pilih la kerja lain yang sesuai dengan korang.....Aku sendiri pun kalau banyak sangat bagi alasan bila di beri tugasan aku akan tanya diri sendiri...asal ko tak jadi surirumah sepenuh masa je....boleh duduk dalam "gebor" je 24 jam7 days......


Cikgu!!!!!!!!! stop talking !!do your work ....no noisy okey.... perhhhh kalaulah anak murid boleh cakap cem gini kan bagus..baru le ko tahun ko tu tak hebat sangat pun ....ye cikgu Nur......Entahlah anak-anak cikgu, i try my best but sometime i got boring and fade up.......i start cried and i think ....what's my wrong......oh...i know now i have to try some other way...because all of you not the same.....and i still try to give the best what i have and know to make sure you can be better then me.......


Gikgu-cikgu semua..sesungguhnya kita adalah guru anak2 kita nanti...means macam mana kita ajo anak org macam tu lah nanti org ajo anak kita...so be very careful huh.....kalau rasa dah bosan ...berhentilah dan cari kerja lain...ye aku tahu korang ada ijazah hebat2....pi lah cari keja lain.....


ok kengkawan jangan jadi cikgu kalau tak minat,jangan jadi cikgu sebab tak de kerja lain,jangan jadi cikgu sebab nak gaji bosa, jangan jadi cikgu kalau nak lingkupkan anak bangsa, jangan jadi cikgu kalau jiwa mati ,jangan jadi cikgu kalau nak ajo budak pandai je, jangan jadi cikgu kalau asyik sebut susah-susah-susah, jngan jadi cikgu kalau ingat nak kawin copat ,jangan jadi cikgu sebab nenek suruh ,jangan jadi cikgu kalo ingat coti panjang, jangan jadi cikgu kalau berkira sangat, jangan jadi cikgu kalau hati busuk dan jangan jadi cikgu kalau suke mengumpat sana sini.................


Cikgu-cikgu semua ,belajarlah dari kesilapan,hormatilah jiwa , bergerak dr baik kepada lebih baik , cubalah yakin walaupun tahu akan gagal,positifkan minda,ikhlas berjuang, kasihi anak-anak kerana mereka tak layak disakiti, bangunkan jiwa merdeka yang penyayang dan bercita-cita tinggi,


semoga ilmu-ilmy ikhlas yang disampaikan dan diamalkan oleh anak-anak murid kita akan menjadi peneman setia di alam barzah nanti..insyaAllah..saya ingatkan diri sendiri, maaf jika bahasa kasar..Sebab kadang-kandang kita berlu disentakan baru bangun dari mimpi....jaga diri,jumpa lagi,callo,Assalamualaikum



Saturday, January 15, 2011

Yang telah pergi tetap di HATI....

Setahun sudah masa berlalu...seseorang yang paling rapat dengan ku,dengan doa-doaku dan dengan perasaanku telah pergi jauh dan tak mungkin kembali lagi...tapi anehnya dia tetap segar dalam memoriku..kadang-kadang aku rasa dia masih disini seperti melihatku dan masih mendoakan ku seperti dulu...Dia masih sumber kekuatan dan sumber inspirasi ku...dan hanya dia tahu kenapa aku pergi jauh...sejauh mungkin kerana dia faham apa mahu ku dan apa cari ku........


Alfatihah buat Arwahyarhammah Hajah Halimah Binti Rejab .Semoga atok tenang disana dan semoga atok bahagia disana kerana atok telah banyak membahagiakan orang disini..........Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang disayangi Allah..amin...


Thanks kerana mengajar saya menjadi manusia yang tahu hidup ini ada senangnya dan ada susahnya dan thanks juga kerana pernah pesan untuk saya Allah selalu dengan kita....I miss you so much....

Thursday, January 6, 2011

hidup dan kehidupan

Aku suka dengan words ni..."we cannot change other people but only our own self" ...betul..kalau kita tak selesa dengan org lain...kita sebenarnya kena belajar untuk berubah dan siapa cakap berubah itu senang....PERUBAHAN itu sangat susah....tapi percayalah setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya dan hikmah yang indah adalah pemikiran secara positif....Kesedihan dan kesukaran adalah nikmak..kerana ia akan membuatkan kita lebih dekat dengan Dia dan lebih mengharapkan kasih dan pertolongan Dia...


Kawan-kawan....Jumaat...5.30am...start as warden...Woke up the student after praying for subuh...and asked them to clean up their asrama...dan paling SAYU ...bila teman diorang terjun sungai  seawal 6am..... i just put my self on their shoes....bebudak yang baru masuk darjah satu baru nak belajar hidup...udahlah tu hanya diteranggi lampu jalan yang tak seberpa terang tu...aku tawakal je lah..hope semunya ok...hidup untuk kehidupan.... aku tak tahu kenapa aku sempat melihat,mengalami dan merasa semua ni....maybe this is the way how Allah teach me to be better.....


Anak-anak .. tabahnya  kalian...aku belum pasti aku mampu buat untuk diri sendiri...aku harap aku mampu meringankan beban kalian...dan membimbing kalian ......Aku tak mampu nak fikir kalau aku masa 7 years old masih perlukan mama and abah  beside me...all the best to them.....anak-anak ku....


Emmm ....tahun baru..strategi baru....exam lagi 8 bulan.....huhhhh exam oriented...tak best langsung .....hahha..oklah tu...Takpe...aku cuba yang terbaik...insyaAllah...


Pesanan untuk diri sendiri....ikhlaskan diri dalam berkhidmat, siapakan kerja without KIV, berdoa dan dekatkan diri dengan Allah...ok kawan-kawan yang jauh dan dekat.....jaga diri,cun...callo ...assalamualaikum....


I changed my font at thecutestblogontheblock.com