Wednesday, May 18, 2011

Layakkah aku bergelar guru.....................................

Assalamualaikum semua...sambutan hari guru tahun ni amat menyedihkan...ada perasaan nak tinggalkan profession ini...rasanya diri ni terlalu kerdil untuk menjadi seorang yang digelar guru..seorang yang dipanggil cikgu dan seorang pendidik...Terlalu banyak amanah yang diletakan di bahu ini...amanah pelajar,kementerian,mama dan abah yg kusayangi,amanah ibubapa pelajar dan semua ini adalah amanah dari Allah...aku ingat lagi ..bila sampai sahaja surat penempatan dari kementerian...sms dari seorang guru.." berusahalah...kerana amanah Allah ini amat berat" kini aku faham..betapa beratnya amanah itu harus ku bawa dan tanggung......mampukah aku?layakkah aku? menyampaikan ilmu mu...dari hati terus ke hati....membentuk insan dan memanusiakan manusia...aku tak pasti......sekali lagi nafasku sesak bila aku fikir....sudah berjayakah aku dalam menyampaikan ilmu dan sudah berartikah insani yang cuba ku bentuk....

Diriku terlalu lemah...terlalu banyak kekurangan...Bagaimana aku mampu melawan dalam masa dan detik aku meneruskan perjalanan hidup dengan terus berjuang ini belbagai dugaan dan cubaan dari Allah...dan cubaan paling berat ku rasakan ialah kehendak hati...qalbu...aku dihimpit dengan pelbagai persoalan..mengapa mereka begitu?mengapa itu perlu berlaku dihadapan ku? dan apakah harus aku diamkan sahaja...layakah aku melakukan  sesuatu...aku binggung....

Wahai sahabat aku doakan hatimu digerakkan oleh yang Esa untuk membaca blogku ini...sesungguhnya tidaklah  sahabat yang sahabat jika dia sanggup mendengar tomahan dan sindiran...di belakang dan terus hanya mendengar...Sahabatku...kukira janggal rasanya kelakuan mu itu..kerana engkau terlalu mulia untuk begitu bagiku..engkau terlalu baik untuk disakiti.Mungkin apa pun alasanya ianya tidak akan munasabah dan mungkin juga tidak akan dapat diterima akal yang sedar tanpa pengaruh dari nafsu....Sudahlah..hentikan....mungkin aku takakan memandang sahaja...kerana aku bukan mereka...
sahabatku kita datang terlalu jauh jika hanya untuk begitu...Aku tahu jiwamu suci dan aku tahu semua org yang bergelar manusia tetap akan hanyut dalam kehendak diri....ingatlah sahabatku....jangan kau lelong harga diri ibu dan ayah mu...dan jangan engkau malukan ibu dan ayah mu dihadapan ALLAH nanti...

Sahabatku jika pembacaan mu membawa penafsiran negatif..terpulang..itu normal..kerana aku sekarang cuba menyekat kebahagianmu dan aku doakan engkau sahabtku....doakan engkau bahagia dan kebahagianmu adalah datangnya dari seorang lelaki yang hebat imanya,yang gagah peribadinya ,yang kebal hatinya hanya untuk pencipta dan yang yakin bahawa hidup ini dia memerlukan mu untuk dia lebih mengingati Allah...cuba engkau fikirkan sahabatku...engkau tak LAYAK untuk lelaki yang tiada kekuatan mendekati Allah dan lelaki yang kukira mencintai agamamu hanya kerana dia ingin memilikimu...sahabatku...perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik....dan aku percaya engakau terlalu baik.

sahabatku .....sesungguhnya teguran dari hati ini adalah teguran selemah-lemah iman..sudahlah..pulanglah..aku ingin  lihat lagi wajahmu yang berseri,aku ingin lihat lagi engkau yang aku contohi dalam mendidik dan menjalankan amanah ini...kerana aku sayang sahabatku....

Sesungguhnya aku mengingatkan diriku sendiri...jumpa lagi,jaga diri,wassalam

No comments:



I changed my font at thecutestblogontheblock.com