Tuesday, February 22, 2011

Terima kasih Cikgu Buding

Terima kasih to CIKGU BUDING ANAK BUYONG for everything .....Terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi dan rujukan..sesungguhnya jasa dan tunjuk ajar cikgu akan kekal di hati sebagai pedoman .InsyaAllah..
Jangan sedih cikgu....(sebenarnya ingatkan diri sendiri) pasti ada hikmah disebalik perpisahan yang dicipta tuhan untuk hambanya......


Semoga semuanya okey dan baik.....semoga cikgu sihat dan saya pasti wangian jasa dan tunjuk ajar cikgu akan terus tersebar jauh seperti angin yang menyebarkan benih2 meranti jauh ke tanah lapang....Pasti meranti yang tumbuh ..akan megah dan kukuh......


Mungkin ini adalah cabaran saya  yang seterusnya kerana.....saya hilang seseorang yang dapat berbicara dan bertanya mengapa dan kenapa? khasnya dalam arena pendidikan ini......Semoga saya juga akan menjadi sehebat cikgu nanti...mendidik dan membimbing jiwa hingga ke akhirnya dengan penuh semangat dan harapan....


To Cikgu Buding, selamat bertugas di tempat baru semoga perpindahan dan penghijrahan akan memberi lebih kebahagian dan semoga kita akan bersua lagi.....TERIMA KASIH CIKGU!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, February 16, 2011

Pesanan ke 19 lukman al-Hakim kepada anaknya.....

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.


Pujian..palsu atau ikhlas...penting ke pujian ni...Kalau dalam dunia pendidikan ni...untuk kanak-kanak pujian adalah salah satu kretiria yang penting ada dlm pnp....contohnya...bagus ! good ,dll sebagai penyuntik semangat dan motivasi kepada kanak-kanak ini.....


tapi sebagai org yang dah dewasa dan rasanya tanpa pujian pun kita masih boleh bermotivasi dalam menjalankan kerja sebab sometimes pujian menyebabkan kita hanyut dan lalai..yelah sebab dah ada orang puji....sebab kitakan mudah lupa..bila dah selesa.....


Bila difikirkan secara nature dan positifnya...bila kita dalam keadaan yang sedih,sunyi dan yg sewaktu dengannya kita akan lebih bersyukur dan lebih bersemangat untuk buat yang lebih baik dari sebelum ini........itulah hikmah....


Jadi cikgu Nur bila nak buat sesuatu make sure orang tak tahu....especially bila nak buat sesuatu yang baik...macam magic la...tarrrraaa ....tetiba ada sesuatu yang baik tapi tak tahu siapa yang buat.....And lagi satu setkan dalam minda bila buat sesuatu mesti berfokus pada tujuan untuk kebaikan dan takde niat untuk menunjuk-nunjuk or riya........itu rasanya akan beri kesan yang lebih mendalam dan baik kot.....


Always ingatkan diri bila buat sesuatu jangan langsung ada niat nak org lain tahu...dan biarlah orang lain tak tahu apa yang aku buat sebab Allah kan sentiasa tahu .....sesungguhnya anugerah dan nikmat Allah tu lebihbaik dari pujian manusia.......


Yelah...... ingat ye...buat sesuatu kerana anda suka dan rasa tanggung jawab...tak perlu nak bagi tahu orang lain...ingat tu cikgu Nur...tapi nak share sebagai inspirasi ...kenapa tidak...selagi tak ada niat untuk menunjuk2 tu...kira oklah.....


Ok kawan-kawan selamat menjalankan tugasan harian...jangan lupa niat kerana Allah....Assalamualaikum...jaga diri,jumpa lagi ,callo.......

Monday, February 14, 2011

lupakan dan terluka..atau teruskan tapi tak pasti pengakhirannya

Kanak-kanak:lakukan perkara yang hampir sama setiap hari dan cuba expore sebanyak mungkin.Tapi hati free dan minda bebas tanpa beban.


Remaja : buat rutin harian tapi cuba sesuatu yang jarang org lain buat dan mencabar.Hati puas kalau dah cuba but fikiran masih terus berputar


Orang dewasa: banyak keje kena buat dan kadang-kandang tak pasti mana yang betul dan yang salah but have to do something.Fikiran serabut tapi dengan iman tenang dan ringan semula.Hati..ringan dan berat terserah pada iman...dan amal....


lupakan sesuatu yang sangat sukar dilupakan sama atau tidak dengan lari tinggalkan masalah dan persoalan? kita selalu keliru dengan apa yang kita buat walaupun muka dan tingkahlaku confident gile....dalam hati...perhhh sapa tahu betapa bergolaknya.


Tapi teruskan sesuatu yang kita suka tapi ramai org tak restu dan tak berapa suka pun menjadi persoalan juga......sebab tak boleh share dan rasa macam lonely je.


Akhirnya ....doalah wahai sahabat dan mintalah dari Allah sebab Dia yang maha segala-galanya dan mungkin ini ujian untuk aku dan sesiapa sahaja yang sama situasi dengan ku....
Biar masa yang buat keputusan dan berdoa supaya kita lebih yakin itu adalah yang terbaik untuk kita bila tiba masanya keputusan tercapai....


Yang dirasa baik untuk kita belum tentu dirasakan baik oleh org lain....orang lain tak pe lah...tapi mama ...abah....itu yang paling penting...takperlah....insyaAllah aku yakin apa yang diberikan kepada ku adalah yang terbaik untukku dariNya yang lain hanya medium penyampaian sahaja....


Ya Allah....perikan aku petunjukMu sesungguhnya engkau lebih mengetahuinya..amin...


Ingat ye kawan-kawan ...Redho ALLAH terletak kepada redho ibubaa...tapi jangan berhenti berharap untuk terus berdoa........Aku ingatkan diri sendiri dan kawan-kawan je...Salam Maulidur Rasul .....bersalawatlah..semoga kita perolehi shafaatnya.....Assalamualaikum,jumpa lagi, callo, jaga diri...

Friday, February 11, 2011

kanak-kanak dan peringatan

"kamu tak ingat atau tak faham kan saya dah cakap jangan buat macam ini!" ayat yang aku selalu guna...dan aku selalu fikir kenapa anak-anak ni macam tak nak ikut arahan....Aku terbaca satu artikel ni ....yang berbunyi..apabila kita mendidik kanak-kanak..mestilah selalu mengingatkan mereka perkara yang sama..dalam erti kata lain jangan putus asa dan berhenti berharap..one more thing mesti ajar dari sesuatu yang mudah kepada yang susah...barulah apa yang kita sampaikan tu cepat difahami dan tertanam kukuh di hati dan minda....
Kalau perlu beri penerangan sebab dan alasan yang logik kenapa kita beri arahan macam tu kepada kanak-kanak ni....Baru lah mereka rasa mereka perlu ikut dan ada sebab nak ikut arahan kita tu.....

Kanak-kanak adalah manusia yang ikhlas dan tidak dipengaruhi dengan dendam dan emosi..mereka suci dan pemaaf....

Setakat ni,melalui pemerhatian dan pengalaman aku ,kanak-kanak tiadak boleh dididik dengan kebiasaan kebendaan .Contohnya belanja or bagi hadiah yang mahal2 selalu dan belanja something yg best selalu... sebab nanti diorang takan menghargai sesuatu yang lebih murah or yang leboh bawah dari benda yang diorang selalu dihadiahkan or diberikan.Jadi berilah sesuatu yang berguna dan dapat membantu mereka dalam aktiviti mereka...

One more thing Nabi ada pesan.."didiklah anak mu mengikut zaman mereka" so janganlah guna konsep dan teori yang kita pernag lalui semasa kita kecil dulu...tak kemana nyer....Sesuaikan dengan keadaan dan masa dan jangan melanggar hukum dan norma kehidupan...udah le...

Cuba didik dan tanamkan sifat2 dan kebesaran tuhan..tak kiralah apa pun agama kanak-kanak tu mereka tetap ada tuhan dan yang paling penting semua agama menuntu kebaikan.Jadi jika kita biasakan sifat ketuhanan kepada mereka..Apa pun yang mereka nak atau cuba lakukan mesti teringat tuhan...so it's make them think twice....

Be nice but straight at the right place and situation. Means here kalau kita nak didik somthing yang relate to disciplines please be straight but make them selasa dan dapat terima rules yang kita cuba didik..Jika situasinya lebih kepada pesanan or pembelajaran make it more comfortable and nice..so kanak-kanak akan mudah tertarik dengan at first..mendengar  dan jika apa yang kita cuba buat itu menarik...kanak-kanak akan terus memerhati dan cuba memahami..jika mereka yakin dan faham apa yang cuba kita sampaikan mereka akan aplikasikan dalam akitiviti mereka.....kanak-kanak yang banyak mengajar kita...

sekarang ni banyak sangat cerita tentang teenage yang tersesat dan tak balik-balik ke pangkal jalan...why? ...pendapat aku..sebab,diorang dah sesat dan dah seronok dengan dunia diorang...yang tak seronok org yang diluar dunia diorang...Macam mana leh jadi cem gitu....simple je....bermula seawal mungkin cuma masa kanak-kanak pergerakan dan keupayaan masih minimum or terbatas...jadi bila dah remaja dan ada geng yg sama...why not they try something that can make their feel this world belongs to them....itu le jadinye...
Jadi kita sebagai org dewasa kena lah buat sesuatu..paling tak pun,jadi contoh yang baik.

So jadilah org yang baik kepada kanak-kanak..fahami mereka dan sayangi mereka...Kerana mereka pembela kita di masa hadapan nanti....

Kawan-kawan komen lah jika ada yang tak puas hati atau nak add on...please thanks so much....Assalamualaikum..jaga diri..jumpa lagi...callo..
   

Thursday, February 10, 2011

entahlah...nak gelak ke nak sedih....

kenapa ye saya tak boleh buat apa yang saya suka....saya dah lah jauh dari keluarga saya dan org2 yang dekat dengan hati saya...Saya nak berblog pon di kira menggangu org lain...tak adil...saya tak ganggu orang lain pun...saya cuma nak tulis apa yang saya rasa untuk ingatkan diri sendiri supaya lebih jadi lebih baik...saya tahu saya tak baik pun dan banyak lagi yang saya kena faham dan jadikan iktibar....Saya mungkin tak kuat sangat untuk menerima hinaan dan mulut2 jahat bila bercakap sebab saya dah dididik dan dilatih untuk tanya dan jawap bila ada yang saya tak puas hati dan saya tak faham...
Takpe lah kalau ada yang terasa saya minta maaf.Dan saya takan ada dan libatkan anda dalam hidup saya....FULLSTOP.selamat tinggal...just some formal bussiness...not more than that....
Semoga anda semua lebih bahagia dan gembira di mana jua anda berada..All the best.Nabi Muhammad pesan kalau org buat jahat dengan kita balaslah perbuatan jahat dengan sesuatu  yang baik.So aya doakan semua yang baik-baik untuk kalian...GUD LUCK.....

This is new in my life,maybe i can said this good but it's hurt me so much..BUT thanks Allah cause still give me this to feel and face all this thing.And as i know i will change my self more and more and get far for other that dislike me cause i'm not that gud.......yah i know that...

Kawan-kawan yang masih sayang saya thanks so much cause i need friend and as i grow up besides friend by my side and i love all of you....thanks dude and thanks babe.......InsyaAllah saya akan cuba jadi kawan yang baik dan sahabat yang mendoakan sahabatnya......

To ALL OF YOU MY FRIEND AND PEOPLEs that always beside me thanks....so much..........see ya..jumpa lagi,doakan saya kuat,Jaga diri,Assalamualaikum dan callo

Wednesday, February 2, 2011

kenapa aku jadi cikgu....................................

Mak dah cakap ..abah dah pesan ....kalau nak jadi cikgu sebab takde kerja lepas habis universiti..renti-rentikanlah.....sebab ko akan menyusahkan dan menjahanamkan anak bangsa dan negara....lebih baik jual cendol depan rumah takde bagi effect kat mana2 generasi kecuali melegakan tekak dan perut....
perhhhh sekarang aku percaya kenapa mak dan abah pesan macam tu...alhamdulilah aku masuk profession ni bukan sebab aku takde kerje lepas grade ..tapi sebab aku dah try dulu sebelum aku sure untuk terjun terus ke dunia ni...dan memang best dunia perguruan ni....dengan syarat ko memang gile minat dan kau tak kenal erti bosan + kau sanggup buat sesuatu luar dari kebiasaan + sentiasa mencari yang baru dan baik + tak fikir nak kaya dengan gaji setakat 2+++  + anggap student macam anak kau...banyak lagi..tu kene tanya senior la..aku baru je dalam dunia ni..baby lagi..


aku sedih sangat bila baca,observe dan dengar pasal guru-guru yang mementingkan cekadak dan kerongkong mereka dan anak-beranak mereka je....SUDAH......berhentilah jadi cikgu..jadilah CEO ke ..peguam ke, penyanyi ke,polis ke, pilih la kerja lain yang sesuai dengan korang.....Aku sendiri pun kalau banyak sangat bagi alasan bila di beri tugasan aku akan tanya diri sendiri...asal ko tak jadi surirumah sepenuh masa je....boleh duduk dalam "gebor" je 24 jam7 days......


Cikgu!!!!!!!!! stop talking !!do your work ....no noisy okey.... perhhhh kalaulah anak murid boleh cakap cem gini kan bagus..baru le ko tahun ko tu tak hebat sangat pun ....ye cikgu Nur......Entahlah anak-anak cikgu, i try my best but sometime i got boring and fade up.......i start cried and i think ....what's my wrong......oh...i know now i have to try some other way...because all of you not the same.....and i still try to give the best what i have and know to make sure you can be better then me.......


Gikgu-cikgu semua..sesungguhnya kita adalah guru anak2 kita nanti...means macam mana kita ajo anak org macam tu lah nanti org ajo anak kita...so be very careful huh.....kalau rasa dah bosan ...berhentilah dan cari kerja lain...ye aku tahu korang ada ijazah hebat2....pi lah cari keja lain.....


ok kengkawan jangan jadi cikgu kalau tak minat,jangan jadi cikgu sebab tak de kerja lain,jangan jadi cikgu sebab nak gaji bosa, jangan jadi cikgu kalau nak lingkupkan anak bangsa, jangan jadi cikgu kalau jiwa mati ,jangan jadi cikgu kalau nak ajo budak pandai je, jangan jadi cikgu kalau asyik sebut susah-susah-susah, jngan jadi cikgu kalau ingat nak kawin copat ,jangan jadi cikgu sebab nenek suruh ,jangan jadi cikgu kalo ingat coti panjang, jangan jadi cikgu kalau berkira sangat, jangan jadi cikgu kalau hati busuk dan jangan jadi cikgu kalau suke mengumpat sana sini.................


Cikgu-cikgu semua ,belajarlah dari kesilapan,hormatilah jiwa , bergerak dr baik kepada lebih baik , cubalah yakin walaupun tahu akan gagal,positifkan minda,ikhlas berjuang, kasihi anak-anak kerana mereka tak layak disakiti, bangunkan jiwa merdeka yang penyayang dan bercita-cita tinggi,


semoga ilmu-ilmy ikhlas yang disampaikan dan diamalkan oleh anak-anak murid kita akan menjadi peneman setia di alam barzah nanti..insyaAllah..saya ingatkan diri sendiri, maaf jika bahasa kasar..Sebab kadang-kandang kita berlu disentakan baru bangun dari mimpi....jaga diri,jumpa lagi,callo,Assalamualaikum





I changed my font at thecutestblogontheblock.com