Friday, January 20, 2012

Kasihnya ayah.......sanggupkah berpisah.. "happy birthday to abah"

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia



Assalamualaikum...hari ni 21 Januari .....baru boleh post kat blog  "selamat hari lahir abah" 
12 januari ~ semoga Allah berkati abah,dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia...


Tq Allah ....atas kurniaanMu..semoga abahku lebih bahagia di dunia dan di akhirat nanti..tak mampu rasanya nak balas semua pengorbanan abah...dari kecil hingga kini ku telah dewasa....Aku cuma harap dan berdoa aku akan mampu jadi anak yg sentiasa mendoakan abah dan mama ku...tanpa lupa dan pernah terlupa...


Ya Allah,kau panjangkan usia abahku,Kau berkati usianya,Kau berikan kesihatan yang baik,Kau limpahkan rahmat dan kasih sayang Mu kepada abah ku,Kau permudahkan usaha2 abah ku, Kau kukuhkan iman abahku, Kau titipkan sedikit kasih sayang Mu buat abahku dan kami semua.Semoga abah sentiasa gembira dan bahagia...amin


Abah,
terima kasih bawa kami ke sekolah,
terima kasih ajar kami membaca dan mengira,
terima kasih marah bila kami nakal,
terima kasih tegur bila kami terlupa,
terima kasih nasihat bila kami buntu,
terima kasih doa bila kami jauh,
terima kasih redho bila kami mohon restu,


Abah,
maaf sebab selalu buat salah,
maaf sebab selalu degil,
maaf sebab selalu melawan kata,
maaf sebab selalu menyakitkan hati,


tq abah...



Thursday, October 20, 2011

kamu terlalu baik untuk disakiti

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog ku ... insyaAllah kita masih dapat berkongsi sesuatu...betul?


sepanjang aku menulis blog ni...aku akan selalunya meluahkan apa yang berjaya mengetuk pintu hatiku dan menyebabkan aku berfikir mengenainya tanpa henti selagi aku tak dapat jawapan yang pasti, relevant, dan mampu diterima akal.... dan akhir2 ni sesuatu berjaya bertamu dimindaku...segar..sentiasa...entahlah..mungkin ini adalah permainan perasaan dan hati nurani seorang perempuan...


persoalannya ialah..kenapa perempuan sentiasa memberi peluang yang entah ke berapa kepada lelaki walaupun ternyata dan terbukti lelaki yg istimewa dalam hidupnya itu  bersalah or buat2 apa yang tak sepatutnya atau tak buat apa yang patut sebagai seorang yang disayangi.....sedihkan jadi perempuan...


tidak dinafikan perempuan terlalu lembut hatinya,,pemurah,pemaaf ,penyabar dan tak mudah mengalah WALAUPUN mudah MENANGIS....


tapi patut ke...perempuan disakiti hanya kerana mereka sempurna dengan sifat2 diatas ni....kejamkan....terlalu...kejam


or sebenarnya perempuan sekarang rasa "tiada lagi yang lain"  or "hilang tak terganti" or  "aku tak mampu lupakan dia" or "dia je yang nak kat aku" or sebenarnya perempuan tak mampu bertegas dengan diri sendiri...demi kebahagiaan diri sendiri, kegembiraan diri sendiri...entah ini yang aku masih fikir dan fikir...


aku faham ...merasa kehilangan especially C.I.N.T.A ni mungkin perit (mungkin sebab aku tak pernah alami) sebab kena buat clearance hati..semua yg kat hati tentang DIA kena buang or mangga rapat2 dalam tong...tapi mengikut testimony kawan2 aku "memang sedih and sakit ,fini.Tapi tu yang terbaik" wah gitu...


hati dan akal.....dalam keadaan cam gini aku rasa akal lebih logik walaupun hati akan cakap "overlah kau ni akal..kejam!" ...tapi mesti akal akan cakap "kita tunggu hikmahnye"


so to my beloved friend....she knows..who i mean..aku faham perasaan kau....sabarlah beb..kuatkan iman dan jangan ikut hati...ikutlah akal yang kejam itu (kejam buat masa ni) sebab kalau betul lah dia jodoh kau pasti dia akan kembali dan dia akan lebih bersedia untuk kau...tanpa kau perlu PAKSA memikirkan dia yang tebaik,dia yang kau perlukan,dia untuk kau...BUT kau akan RASA...aku bukannya teror sangat nak menilai manusia ni..sebab manusia memang tak layak menilai manusia lain...but aku tak tak nampak dia serius macam mana kau serius....mungkin dia dalam delima kot...mungkin dia baru dapat bezakan antara suka,sayang dan cinta...mungkin....dia baru tahu siapa yang diperlukan dalam hidup dia...itu tak bermakna kau tak hebat beb...cuma mungkin dia lebih bahagia dengan orang lain...ok what kalau dia bahgaia kan?


"cinta tak semestinya memiliki..cukuplah jika org yang kita cintai tu bahagia..kalau dia bahagia dengan org lain so...lepaskan dia pergi..bebas..sebab tak semestinya kau mampu bahagiakan dia DAN jika nanti dia rasa kau yang sebenarnya diperlukan dalam hidup dia akan kembali dengan sendirinya tanpa alasan ,tanpa paksaan dan dia tak akan mampu kehilangan kau lagi " kata-kata ni aku petik dari seseorang....mungkin ada logiknya...
cuma kita akan fikir..biar betul naklepaskan cem gitu...yerlah beb..ni bab PERASAAN...mungkin dia boleh tipu kita dgn kata2,perbuatan ,sms,body contact, or what everlah..tapi dia tak boleh tipu perasaan dia...dan akhirnya akan terkeluar juga semua yg cuba ditipunya...dan perasaan tak boleh diPAKSA...


mungkin aku akan semakin dapat jawapannya....mungkin sebenarnya perempuan ni emosi bila fikir pasal cinta,kawin,putus cinta,orang ke-3 ,or apa2 lah ....jadi mereka aggap sedih,pedih,kecewa,air mata,letih, jerih ni sebagai sesuatu yang menyeronokan untuk dilalui semasa bercinta jadi perempuan akan sabar,positif walaupun sedih,terima seadanya dan apa2lah untuk mempertahankan hubungan...walaupun disakiti..


berbeza dengan lelaki mereka anggap cinta tu indah,bahagia, comel,gembira,mencabar,hero,terror, jadi dah tentulah lelaki tak akan mampu menyatakan yang mereka nak hentikan episod cinta mereka kerana semua yang mereka rasa ni akan hilang...terus..lagi satu lelaki tak mau tengok perempuan nangis or kecewa kerana mereka..jadi mereka takan tekad untuk terus tinggalkan perempuan yang pernah singgah dalam hidup mereka ni..jadi mereka guna kaedah....go slow ...beb...mesti lah lastly perempuan akan give up dan akan minta dilepaskan.....bijak kan...ni teori yang aku fikirlah...


tapi aku rasa budak2 je yg guna taktik ni..mungkin juga org dewasa yang tak cukup berani menghadapi kenyataan...


aku cadangkan untuk mengelakan kesulitam dan kepayahan apa kata kita buat cara ni..


PEREMPUAN: beri peluang lelaki untuk cari kepastia betul ke lelaki ni perlu aku dalam hidup dia..kalau kau rasa dia lebih bahagia tanpa kau ...baik kau kasi dia peluang dan yang lebih baik beri diri kau peluang untuk rasa hidup ini indah...terlalu indah walaupun tanpa dia..Aku tahu susah sikit sebab sakit....tapi percayalah ..be positif...pasti ada yang lain atau sesuatu yang baik untuk anda sebenarnya...


LELAKI: Aku faham korang senang kan jatuh cinta...dan last2 korang sendiri tak yakin dengan perasaan korang..takpe berterus teranglah dan yakinlah dengan keputusan...sebab perempuan akan recover walaupun cedera parah...lebih baik mengaku awal2 dari maintain cinta tapi hampeh...


ape-apa pun mungkin kita selalu keliru dengan perasan sendiri so ...rujuklah Allah...jalan paling lurus dan benar...korang tau kan nak buat ape...2nd rujuk mak and abah..sebab diorg jaga korang dr zigot sampai tua.. 3rd tanye kengkawan yang adil dengan kedua2 pihak... 4.tanya iman dan akal... hati tinggal 5% je kot nak ikut pun.... yang ke 5...redho lah..sesungguhnya jika memang dah tertulis dia untuk kau dan kau untuk dia pastinya Allah akan beri jalan yang paling senang tanpa sesiapa pun kecewa,sakit dan putus asa...bila tiba masanya.....


ape2 pun aku tulis mengenai apa yang aku rasa (guna akal) ,pemerhatian , hypotheses, prediction dan aku harap aku juga mampu mentafsir perasaan sendiri..insyaAllah..


ayuh perempuan2 semua...berbahagialah dengan kurniaanNYA buat kita....kita bukan untuk disakiti tetapi untuk disayangi..kita bukan untuk di herdik tapi untuk dimengerti..kita bukan menyusahkan tetapi kita untuk menguji keimanan....yakinlah..perempuan baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk perempuan baik ..mungkin kita tak cukup baik tapi kita masih boleh baiki diri....betul?


so enjoy ur life cause life is short..happy2 walaupun single sebab telah tersedia kekasih yang paling setia untuk sesiapa sahaja yang bersedia untuk bercinta denganNYA....OK...jumpa lagi...w'salam,bye. :)  

Saturday, September 17, 2011

MENdidik DAN TERdidik

Berakhirlah sudah penantian peperangan di atas kertas~UPSR...Sekarang berdoa dan tawakal kepada ALLAH, sesungguhnya ketentuan dan perancangan Allah adalah yang terbaik dan Allah tidak akan menghampakan hambanya yang berusaha....insyaAllah anak-anakku..

Jadi antara perkara yang aku nak buat sangat ialah tidoq marahton (pagi~petang~malam) tapi anak-anak aku cakap itu bukan tidoq cikgu...itu mati.hahaha.So untuk menambah nilai masa yang lapang ini aku sedang mambaca sebuah buku yang bertajuk EMC (Engkau Memang Cantik)~ macam best....Hasil penulisan Burhan Sodiq....antara yang menarik minat aku untuk terus membaca ialah statement " solehah tapi tak indah & indah tapi tak solehah"..wellll walaupun penulis ini seorang lelaki tapi idea oklah masih boleh aku  terima pakai.....so aku kene terus baca supaya aku tahu apa persepsi lelaki terhadap perempuan dalam konteks Islam yang sederhana tetapi lengkap~ SEMPURNA....

  Next , hari ni jugak aku ada menonton satu movie dah lama kuar aku je baru update~ aku tak bodoh... mula2 memang lawak giler la citer nye..mau taknye housemate aku asyik ketawa je.....but pengajarnyanya SUPERB. Sebagai guru aku rasa mendidik untuk student dapat A ke pelajar cemerlag ke..tak cukup baik laaaa...in other words bukan itu je kerja cikgu ni...banyak lagi terutamanya tugas yang paling penting ialah tidak merosakan masa depan dan diri anak murid dan cuba selamatkan anak murid yang masa depannya sedang berhadapan dengan kegelapan....baru kau boleh letak title cikgu dengan bangganya kat depan nama kau... BANYAKNYA AKU KENA BELAJAR UNTUK MENGAJAR.....memahami kehendak dan pemikiran setiap anak-anak yang dibawah tanggung jawap kita..bukanlah kerja mudah...kena ada konflik dan kadang2 kita akan tercabar dengan ego dan kehendak diri sendiri.....Tapi movie yang aku tengok tadi mengajar aku ~SETIAP YANG KANAK-KANAK lakukan adalah kerana mereka cuba mempamerkan penyelesaian masalah melalui kefahaman mereka sendiri dan yg 2nd mereka perlu diberi peluang menerima penjelasan org dewasa apabila mereka bertanya dan 3rd mereka perlu diberi peluang untuk memberi penjelasan mengapa mereka melakukan sesuatu yang agak weird pada pandangan orang dewasa....
Kanak-kanak juga akan lebih mudah mengikut arahan yang diberi jika orang yang memberi arahan juga mengikut peraturan.Contohnya selalu ayah cakap dengan anak-anak, jangan buang sampah merata-rata dalam rumah ni...tapi ayah pun buang sampah merata-rata juga...so anak akan ingat oooo ada choice la nak ikut ke idak....itulah sebabnye kita selalu cakap anak kita degil.....sebab kita yang degil...kalau nak tahu lagi  tontonlah sendiri...anyway thanks to nur shafikah sebab suggest kan movie best ni.... Terima kasih juga kepada semua guru-guruku kerana memahami diriku yang pelik ini.....semoga Allah memberkati cikgu-cikguku didunia dan diakhirat nanti...

Oklah...pasni nak lepaskan gian kemas bilik pulak...hahaha macam dah lama je tinggalkan bilik..macam manalah aku nak ada tanggung jawab lain...lepas exam baru nampak dunia yang luas ni.....apa2 pun thank you Allah...atas nikmatMu...wassalam....

Monday, September 5, 2011

selamat hari lahir Nur Shafizi Bin Nordin

2nd Nur....Selamat Hari Ulang tahun kelahiran yang ke 26....abah GG.....semoga tahun ni lebih diberkati dan dikurnaikan nikmat oleh Allah..jadilah hero yang abah selalu cakap tu....kitorang doakan yang baik2 untuk GG...stady boy..:)...ungha

Sunday, August 21, 2011

sepuluh malam terakhir....Ramadhan ...semakin berlalu....cepatnya.....

Assalamualaikum...malam ni malam ke-22 ramadhan...cepat benar bulan rahmat dan berkat ini berlalu.....10 malam terakhir ni nabi beriktiqaf di masjid...aku berblog di depan pc...aku harap penulisan aku memberi manfaat kepada aku dan saudara-saudaraku yang sudi membaca.....ramadhan kali ni ...aku betul2 rasa syahdu...sempat ke aku jumpa ramadhan lagi....insyaAllah jika diizinNya.
      Kebelakangan ni ...ada satu isu yang berjaya buat aku termenung panjang dan menyentuh hatiku yang paling dalam...ZINA....ape tu.....aku ni jahil  betul...masyaAllah....aku tak pasti...cuma yang aku tahu pasal batas2 aurat dan batas2 bukan muhrim.....rupanya zina tu luas definasinya..aku kena baca lagi dan ....
"jangan engkau menghampiri zina.(zina)itu suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk "(17:32)
emmmm hampir pun tak boleh....dan yang menyentuh hati nuraniku bila aku baca kat blog2 yang kupas isu ni...zina bukan pegang2 je....it's tooo much rupanya...kalau ingat boyfriend pun dah kira zina...kalau berangan pi holiday ngan boybpren ke....YA ALLAH...zina hati rupanya...astarfirullah.........lemahnya iman aku ....banyaknya salahku....kenapa aku tak tahu semua ni.........zina mata...urhhhhhhh.....nauzubilah.....banyaknya dosaku.......


       Rupanya zina ni memang penyakit akhir zaman sehinggakan zina yang dulunya sembunyi2 dilakukan boleh dilakukan secara terang2....kerana ia menjadi satu kewajaran...means kita yang hidup akhir zaman ni dah tak malu or dah hilang rasa malu ek....patut la manusia-manusia dimana-mana sekarang bercakap menjurus kepada double meaning yang erhhhhh...kotor...sometime i need some explanation to understand ...rupanya ini adalah ciri-ciri umat akhir zaman...mencabarnya umat akhir zaman ni....Ya Allah beri kami petunjukMU dan kuatkan kami untuk sentiasa berada dijalan yang benar....


     Lemahnya semangatku  bila aku semakin banyak baca mengenai topik ini......takpe sekurang-kurangnya sekarang aku tahu ape itu zina dan perbuatan zina ini hukumnya dosa besar....ada beberapa cara yang aku dapat hasil pembacaan dan pelayaran ku di blog...(thanks to the blogger yang sudi tulis dan kongsi ilmu "mati" ini)
1.dekatkan diri dengan org2 soleh dan solehan -yg ingat Allah
2.Banyakan beristifar dan bersalawat.
3.Betulkan solat dan kusyuk dalam solat ~ susah ni..tapi insyaAllah boleh..
4.uruskan pandangan mata 
5.Jangan menarik minat kaum berlainan jenis untuk mula bercakap mengenai sesuatu yang sulit ~ ya Allah...malu sikit
6.Ikhlaskan hati dengan ingat Allah dan nikmatnya...~ ni sesuai untuk hati yang selalu ingatkan "si dia"
7.Bernikah lah kamu jika kamu sudah layak ~ cara yang selamat untuk mendenderamkan hati,tapi pernikahan bukan berobjektifkan SEKS...tapi kerana Allah dan demi menjaga agama Allah....


    Aku harap post ku ni akan beri kekuatan kepada diriku untuk terus mempertahankan maruah diri dan agama ku ini...sesungguhnya kita hambanya yang lemah dan terlalu banyak kesilapan yang kita pernah terlanjur lakukan...tapi Allah itu maha pengampun.....marilah kita bertaubat dengan sesungguhnya..semoga taubat-taubat kita diterimanya. semperna bulan mulia ni......dan diberi taufik dan hidayah supaya kita terus berada dijalan yang benar..amin...insyaAllah...

   Selamat beramal...semoga kita dilahirkan sempurna dan kita kembali nanti juga dengan sempurna...insyaAllah..jumpa lagi...w'salam.




      

Saturday, August 13, 2011

mungkin Allah nak bagi aku pelangi selepas aku hilang matahari.......:)

Assalamualaikum...Ramadhan yang syahdu.....aku rindu bulan syahdu ini.....dr blog2 yang kulayari dihujung jari bersama hati dan akalku ini macam2 masalah manusia dan pesanan yang menjadi ubat kepada jiwa...dan antara yang paling kuat buat ku yang aku jadikan tajuk post aku ni......bila Allah hilangkan matahari dan DIA bagi kita hujan ,ribut,petir kita tersedak,kecewa,sedih,menangis...tertanya-tanya mana matahari tadi....kenapa Allah ambil matahari tadi....rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi......pelangi yang indah yang cantik...lebih cantik dari cahaya matahari.....TAPI kuatkah aku menunggu perginya ribut petir dan sabarkah aku menunggu pelangi yang indah itu..tak hilang pedoman kah aku.....kenapa sanggup manusia melakukan sesuatu yang sangat sengsara kepada manusia lain...manusia yang disayangi ...manusia yang dihormati,manusia yang diharapkan keredhoannya,manusia yang sangat penting dalam hidup dan mati ku......aku kecewa dan terduduk...aku hilang dalam kekuatan yang cuba ku tautkan dimana-mana yang lebih kukuh dariku.....tapi aku rasa sesuatu yang masih bersama ku disini....di baris-baris akhir perjuanganku dan kesabaranku sebagai manusia yang berpedoman aau yang lebih sopan berakal dan beriman......sesuatu yang diuji buat ku pasti ada sebabnya dan pasti ada HIKMAH .....tu semua rahsia ALLAH...dan aku cuma yakin sekarang satu je ...apa yang ALLAH buat untuk hamba-hambanya ada sebab semata-mata kerana ALLAH sayang aku dan hamba-hambanya yang diujiNYA.itu je yang aku tahu.......yang lain aku tak dapat fikir......


    Aku cuma harap aku mampu hadapi realiti ,selesaikan dengan berhikmah tanpa mengeruhkan keadaan, dan pengakhiran yang lebihbaik dan mendatangkan faedah didunia dan akhirat...aku redho jika aku terpaksa korbankan kehendah dan kebahagiaan diri..sesungguhnya terlalu ramai yang perlu ku jaga dan pastikan mereka bahagia.......aku pasti...dan aku redho jika masa-masa akan datangku aku tidak dapat lihat dan dengar gelak tawa dan suara2 org penting dalam hidupku...jika itu pilihan akhir yang terbaik...aku akan bersedia menghadapinya.....menghadapi kedukaan dan kehilangan.....kemusnahan dan mungkin mereka akan lebih bahagia begitu.......bahagia tanpaku...bahagia dengan hidup ini....hidup yang sekejap ini......tapi YA ALLAH jika aku masih diberi peluang beri lah aku peluang untuk tidak kehilangan dan peluang aku untuk habiskan sisa-sisa hidupku bersama semuanya....berilah aku peluang untuk membahagiakan.....semuanya....ya ALLAH berilah aku peluang.aku yakin sesungguhnya ENGKAU maha pengampun dan ENGKAU maha pengasih dan penyayang..pastinya ENGKAU amat faham perasaan ku.......PASTI...


 wahai diri,sabarlah,berdoalah ,dan yakinlah...redholah....sesungguhnya kita hanya manusia yang lemah...lemah....lemah.......hadapinya dengan kuat....ya KUAT...KUAT...KUAT...mintalah kepada penciptamu sesungguhnya dia maha segala-galanya..............................................................................
insyaAllah .semoga aku diberi petunjuk dan pedoman dengan iman yang teguh dan kuat begitu juga dgn mereka2 yang terlibat..semoga Allah berikan jalan kebaikan kepada mereka,jalan pulang yang betul dan selamat.....


Ya Allah yang maha segala-galanya.Ampunkan dosa-dosa kami.Dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil kami...tunjukan kami jalan kebenaran,akhirkan hayat kami dengan pengakhiran yang baik dan sempurna seperti mana kau hidupkan kami ,titipkan rasa kasih sayang diantara kami dan pinjamkan kami jiwa-jiwa pemaaf dan redho diatas segala yang telah berlaku.......dan YA Allah jangan kau tutup hati-hati kami untuk bertaubat kepadamu kera sesungguguhnya kami tak mampu mengadapi panasnya api nerakaMU tapi kami juga tak cukup layak untuk merasa nikmat syurgaMU..sayangi kami Ya Allah......kerana dengan kasih dan sayangMu kami akan bahagia di dunia dan akhirat.....amin...

Friday, July 8, 2011

Selamat Hari Lahir Nurshamin Bin Nordin

9 Julai 1988- lahirnya seorang bayi lelaki di quarters tentera..sebab tak sempat lagi nak ke klinik berhampiran.. Lagi best baby ni tak nangis, senyap je...tetiba senyum....pastu baru nangis..lapo rupenya.....ingat lagi mak bidan cakap.."budak ni kena jaga elok2 ni..kalau zaman dulu dah jadi pendekar dah" wah adik aku pendeka ..memang pun pendekar yang sukakan kemerdekaan....Aku paling tak lupalah..bila dia tidur kat playground kat area rumah selepas dimarahi dan lagi aku ingat ..bila dia bakar dapur rumah sebab nak test bomba datang atau tak......memang pendeka...berani mati... ape2 pun air mata aku ni akan senang je mengalir bila ingat pahlawan yang sorang ni sebab aku pun tak tahu...but he chill me yet to get cool and to make my mind freedom enough. But  i turn everything to Allah....the most important thing is be with them in what ever situation...walau jauh macam mana pun....jarak aku dengan mereka....doa aku akan sentiasa mendampingi mereka.....insyaAllah jika bukan sekarang Allah makbulkan doa-doa itu ..it will be soon...cause pray is fund.. 

Selamat Hari Lahir Men, be the best for your self and for other ...sebab setiap yang Allah beri kepada kita adalah yang terbaik untuk kita...Tak kiralah baik atau buruk pasti diselitkan hikmah....Yong doakan semua yang baik-baik untuk men...tabahkan diri menghadapi hari  dan  enjoy your life......tq for been such the best adik for me..and color up my life,teach me how to improve my self better , let me learn to be more understood of other .....and let me get close to Allah......thanks so much..... we do love you.. 


I changed my font at thecutestblogontheblock.com