Tuesday, December 21, 2010

perKAHWINan bukan jalan cerita NOVEL

Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku."

bile nak kawin?dah jumpe calon ke? kalau nak sopan sikit.... bila nak makan nasi minyak? kat wangi bina nak pos = ni lah soalan-soalan yang aku malas nak jawap tapi selalu aku kene jawab.Jadi aku dah pun sediakan jawapannya .. antaranya: jawapan ilmiah  = makcik@pakcik@saudara@saudari tolonglah doakan saya dipermudahkan jodoh dengan orang baik-baik..atau jawapan sengal = owh ye..jemputlah datang bulan 12 ..tapi tahun tak sure lagi..tapi jawapan paling jumut saya tak cun tak der orang nak..jawapan normal..belum ada jodoh makcik..Rasa-rasanya ada kita terkongsi jawapan yang sama....
 Bila dah masuk alam dewasa ni macam-macam yang tak berapa nak releven dan tak seronok nak fikir... dulu masa kanak-kanak org tanya nak ais krim tak? perekse macam mana? nak gi jalan-jalan dkt lake gaden ? .Macam best je kan soalan ni...

Aku bukanya menolak  perkahwinan cuma takut+ tak berapa nak percaya + tak abis enjoy+ taknak fikir + takde org nak+ takut kene dera+ tak de freedom + tak layak+ macam-macam lah.....Bila tengok kawan-kawan kawin rasa macam WOW tahniah korang dah berjaya....aku doakan korang semua bahagia...dan sentiasa dirahmati...

Aku kekadang tanya diri sendiri ...let say: aku dapat suami yang kaki veto dan tak boleh kompromi...OHW tidak...
jadi aku memang belum cukup layak beb...in other words aku bel"um boleh jadi isteri minthali la....bila kau baca, dan buat pemerhatian ke atas beberapa rumah tangga aku rasa aku memang tak leh gi lah.. tapi sesungguhnya perkahwinan dicipta untuk menjadikan manusia itu sempurna dan lengkap..kerana:

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Yang sah ye kengkawan...betul...betul..betul.. Kawin tu sebenarnya best jika kita dah bersedia untuk belajar sepanjang masa dan ubah diri sendiri.KITA means = suami+isteri+mak dan ayah sendiri dan mertua serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak...

Back to basic ...untuk memulakan institusi perkahwinan perlu mula muhasabah diri sendiri..baiki diri dan hubungan dengan Allah serta insan( especially mak ayah) .Tambah keimanan dan rasa redho dengan apa jua dugaan. Dan yang paling penting ialah kengkawan carilah lelaki/perempuan yang menghargai kita,memerlukan kita ,ikhlas dan spesies tahu tugas sendiri terhadap hidup dan matinya..INGATAN buat semua ye...jangan main sauk je...nanti seronoknya kejap jer...

DAH JODOH NAK BUAT CAM NER!!!! ni ayat lama lah dik...jodoh tu apa?apa kene mengena dengan cinta pulak..

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram bersamanya, dan dijadikanNya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda (kekuasananNya) bagi kaum yang berfikir”. (QS. Ar-Ruum:30).

jodoh tu dah tertulis sebenarnya untuk kita...di SANA lagi...sebelum kita tahu apa itu hidup....apa itu cinta . Jodoh yang disediakan untuk kita adalah jodoh dari jenis kita sendiri ..maksudnya yang sama ..mungkin cara berfikir, cara hidup ,gerak hati,......walaupun kita selalu dengarkan org cakap pasangan tu kene kontra...tapi sebenarnya ada persamaan ..tak caya korang cubalah buat observation..kat pasangan-pasangan yang dah lama kawen...

kawan-kawan yang belum kawin ....mungkin jodoh yang di tetapkan untuk kita baik orangnya...jadi kita kena jadi baiklah dan baiki diri supaya kita jumpa jodoh kita tu..InsyaAllah....DIA tahu apa yang dah DIA tentukan untuk kita..jadi jangan risau tau..kalau korang belum kawen hatta belum ada boyfriend pun..takpe yakinlah ia akan datang TEPAT masanya...dan kepada diri ku sendiri...jadilah lebih baik dengan penciptaMU...dan jangan takut dengan pengalaman kerana cubaan Allah itu sesuai dengan kekuatan hambaNya itu..Kepada kengkawan nanti dah jumpa jodoh ,jemput aku makan kenduri ye...Jangan poneng-poneng kepala...PASTI ADA jika itu telah dijanjikan...DIA lebih TAHU...insyaAllah..

Saya ingatkan diri sendiri dan cuba kongsi dengan kawan2...cun..callo..jumpelagi....assalamualaikum...

 





5 comments:

fiq. said...

hehehehe...
lagi satu soklan tyme kecik2..
"nak 'yak' ea?.."
ahahaha

nur shafini nordin said...

haha tu soalan a'a la...

norazah said...

wah,wah...dah setat beblog nmpk... kuat tol pengaruh shafikah ni! hee... best2...suke bace.. keep up ur good work k?? cayalah!!
back to ur post:hmm..bukan sume org jodohnye ringan...yg senang tu,jumpa sebulan pon trus bleh kawen...g susah sket ut,ambil masa berpuluh2 tahun bru nk jumpe jodoh die.. ni bukan kes memilih or cerewet or ape2 aje alasannye tp ni mgkn sbb sudah tertulis... jodohnye lambat sampai.. biar mcm mana die cuba mencari,membuka hati,tp tak ada perubahan...bile jd mcm ni, redha kan jer,jln paling terbaik, berdoa dgn sepenuh hati... and i agree 800% on ur statement yg kata: perbaiki diri dgn Allah,family(esp ibu bapa)dulu, biar wujud rasa tanggungjwb,bru fikir psl kawen! i totally agree beb!!sebab kahwin sepatutnya landasan untuk mendapatkan pahala, kerana perkahwinan itu ibadah, tapi apalah maknanya jika kita berkahwin tp dosa makin bertambah??? (renungkanlah...untuk diri sendiri jua)... =))
perkahwinan yg sebaiknya adalah perkahwinan yg berlandaskan agama kerana Allah...itu yg terbaik... moga kita berjaya memperoleh berkat daripada perkahwinan itu sendiri...insyaAllah..
psst:doa utk menyerikan wjh agr org mudah tertarik dgn kita(sesuai utk yg susah nk dpt jodoh),bacalah ayat dr surah Yusuf ayat 4 dan surah Thohaa ayat 39..baca 3 kali setiap kali lepas solat..insyaAllah..(ni pon dpt dr blog org lain..sje nk kongsi2 kat sini!)

nur shafini nordin said...

terima kasih azah...amal-amalkan lah...

fiq. said...

btol3 tu k.azah....semoga jodoh kalian ringan dan baik. Plus, memberi kebahagian & kemudahan.
neway,
doa menyerikan kaki tak de kak?ekeke...
sayapon nak amalkan..hehehe...



I changed my font at thecutestblogontheblock.com